Hargreaves: Man City Perlukan ‘Vincent Kompany Baharu’, Bukannya Messi

Vincent Kompany

Bekas pemain tengah skuad kebangsaan England, Owen Hargreaves mengakui Manchester City perlu meletakkan keutamaan bagi mencari pengganti kepada pertahanan legenda, Vincent Kompany yang meninggalkan pasukan sebaik sahaja tamat musim 2018/19.

Hargreaves yang pernah beraksi selama semusim bersama The Cityzens tetapi kurang digunakan Roberto Mancini pada ketika itu melihat kelab tersebut perlu memantapkan jentera pertahanan dalam usaha mereka untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) buat pertama kali.

Manchester City sekali lagi hampa dalam kancah Eropah tersebut setelah tumbang di peringkat suku akhir apabila tewas 1-3 di tangan wakil Perancis, Lyon.

Sehubungan dengan itu, Hargreaves beranggapan pemain pertahanan tengah amat diperlukan oleh Manchester City berbanding spekulasi yang mengatakan skuad kendalian Pep Guardiola itu berminat untuk mendapatkan bintang dunia, Lionel Messi.

”Saya pasti Pep akan membawa masuk Messi jika dia boleh melakukannya, tetapi dia perlu melihat impak yang telah ditunjukkan oleh [Virgil] van Dijk di Liverpool dan menyedari bahawa dia memerlukan pemain sedemikian lebih dari apa pun.”

”Dia memerlukan Vincent Kompany yang baharu, seorang pemimpin yang boleh melakukan sesuatu pada situasi genting,” ujar Hargreaves menurut laporan Goal.

”Masalah buat City ialah tidak ada pasukan yang memenangi Liga Juara-Juara Eropah tanpa seorang pertahanan berkelas dunia. Lihat bagaimana Liverpool bangkit menjadi pasukan yang hebat dengan kehadiran Alisson dan Van Dijk.”

”City semakin hampir untuk menjadi sebuah pasukan terbaik di dunia apabila mereka memiliki Vincent Kompany. Pep bersama-sama Klopp merupakan [pengurus] yang terbaik. Tetapi sekiranya anda tidak dapat menangani tekanan pada saat-saat tertentu dalam perlawanan, anda akan tersingkir.”

”Sekiranya anda tidak mempunyai pemain seperti Van Dijk atau Kompany, ia akan membuatkan anda sukar dan itulah sebab mengapa Pep memilih pemain seperti apa dilakukannya,” tambah Hargreaves lagi.

Kompany yang baharu sahaja mengumumkan persaraannya di pentas bola sepak profesional telah beraksi selama 11 musim bersama Manchester City dan berjaya memenangi empat kejuaraan Liga Perdana Inggeris, dua Piala FA dan empat gelaran juara Piala Liga.

Kredit featured image: Simon Stacpoole/Offside/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Kompany:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN