‘Ronaldo Pun Boleh Menangis’ – Hadiah Plak FUT 99 Untuk SUA FAM Undang Perhatian

Saifuddin Abu Bakar FAM FUT

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Saifuddin Abu Bakar menerima cenderahati berupa plak FIFA Ultimate Team (FUT) yang tertera nama dan wajahnya hasil pemberian skuad FAM eRimau dalam kunjungan mereka ke Wisma FAM pada Sabtu.

FIFA Ultimate Team (FUT) adalah permainan video yang memberi peluang kepada pemainnya untuk membina skuad impin sendiri yang terdiri daripada pemain-pemain bintang sama ada dari masa lalu atau un zaman sekarang.

Kebiasaanya pemain-pemain handalan dari seluruh dunia akan diberikan nilai yang tinggi. Contohnya dua bintang ternama dunia Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo akan mendapat nilai di antara 92 dan 94 mengikut prestasi semasa mereka di atas padang.

Maka nilai 99 keseluruhan yang diletakkan pada imej Saifuddin pada plak tersebut telah membuatkan netizen menjadikannya sebagai bahan ketawa walaupun sudah pastilah ianya cuma sekadar cenderahati.

Skuad FAM eRimau adalah pasukan e-sukan yang membawa nama Malaysia bagi menghadapi cabaran FIFAe Nations Cup 2022.

Dalam kunjungan itu, skuad FAM eRimau bertemu Saifuddin Abu Bakar bagi membincangkan hala tuju skuad FAM eRimau dalam kejohanan tersebut dan turut diadakan, majlis ringkas penyerahan cek cura hadiah kemenangan kepada pemain bagi kejohanan FIFAe Nations Cup 2021 yang lalu.

Pemain yang terlibat bagi skuad FAM eRimau musim ini ialah Luqman Haziq Hajiman (LuqmanHzq) dan Ahmad Akmal Abdul Rafil (AkmalJHD).

Majlis ringkas itu turut dihadiri oleh pengurus dan penyelaras skuad FAM eRimau, Mohammad Nurhafiz Saharudin serta pihak pengurusan Gamesbond iaitu Suki Lee, Muhammad Fazli dan Aris Danial.

FAM komited dalam membantu dan menyokong agenda skuad FAM eRimau ini bagi memastikan kejayaan pada kejohanan yang disertai dan memastikan kedudukan ranking dunia terus diperbaiki.

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

Terkini, skuad FAM eRimau menduduki tangga ke-5 dunia dan berjaya muncul juara kumpulan bagi FIFAe Nations Cup Play-Ins Division 2 yang diadakan semalam. Skuad FAM eRimau akan berdepan cabaran FIFAe Nations Cup Play-Ins Division 1 pada Mac nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN