“Hidupkan Semangat Juang Tinggi Untuk Menang Setiap Perlawanan” – Bung Mokhtar

Datuk Seri Bung Moktar Radin selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) melaungkan keyakinan tinggi terhadap pasukannya, Sabah yang akan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) tidak lama lagi.

Jelas Bung Mokhtar, pihak SAFA sentiasa yakin dan positif Sabah akan mampu beri saingan sengit pada mana-mana pasukan dalam saingan Liga Super atas sebab barisan pemain yang ditandatangani musim ini lebih bagus berbanding musim lalu yang seterusnya boleh terus memberi cabaran buat mana-mana pasukan lain.

“Kewujudan pasukan yang serba baharu ini akan menyuntik semangat tinggi kepada pemain-pemain untuk menang,” katanya dalam satu kenyataan semalam di Harian Metro.

Selaku Timbalan Ketua Menteri Sabah, Bung Mokhtar juga mahu semua barisan pemain Sabah mempunyai sikap untuk terus berjuang mencapai kemenangan dalam setiap perlawanan dan secara tak langsung mewujudkan sikap sebagai Sang Juara bagi mempamerkan aksi permainan yang bermutu tinggi.

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

“Harapan saya dengan kewujudan pasukan baharu ini, Sabah FC akan menjadi kelab berkualiti serta mempunyai semangat juang tinggi untuk menang dalam setiap perlawanan,” katanya, sambil menambah mentaliti juara penting bagi mengelak Sabah FC digelar pasukan ‘Ayam Mati’.

Pada pendapat Bung Mokhtar, beliau melihat Datuk Ong Kim Swee sebagai seseorang yang sangat berusaha keras dalam memantapkan skuad selain meningkatkan prestasi di segenap sudut.

“Saya nampak keterampilan beliau (Ong Kim Swee) memang mahu menang. Oleh itu semua pemain harus dengar setiap arahan diberikan jurulatih.

Tahun ini Sabah FC akan tampil memberi saingan hebat kepada pasukan ternama lain dalam Liga Malaysia berdasarkan prestasi serta persiapan awal dijalankan sejak 2020 dan diteruskan lagi dengan perubahan besar dilakukan pasukan sejak Datuk Ong dilantik menjadi ketua jurulatih,” katanya.

Pada musim ini, Sabah dilihat bakal tampil dengan serba baharu dari segi persiapan skuad dengan menandatangani ramai pemain bintang seperti Baddrol Bakhtiar, Khairul Fahmi Che Mat, Dominic Tan, Rizal Ghazali, Irfan Fazail serta beberapa rangkaian pemain import yang bagus.

Dalam masa sama, Bung Mokhtar juga menyeru kepada semua penyokong dan para penaja agar tidak putus memberi sokongan padu buat pasukan supaya Sabah terus bermotivasi untuk mencapai sesuatu yang positif dalam aksi yang berlangsung tidak lama lagi.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN