Akui Gagal Dapatkan EPL, Bruno Mahu United Julang UCL Musim Ini

Bruno Fernandes

Pemain Manchester United, Bruno Fernandes menzahirkan keyakinan yang pasukannya masih mampu untuk mencabar kejuaraan pada musim ini walaupun tidak konsisten.

Ketika perebutan Premier League seolah-olah tidak lagi mampu dikejar oleh United, Fernandes mahu pasukannya menghalakan tumpuan kepada baki kejuaraan yang ada.

Baki kejuaraan tersebut bukannya calang-calang sebaliknya adalah FA Cup dan yang paling utama – UEFA Champions League.

Pada hemat Fernandes, United masih lagi mampu untuk mencabar kejuaraan terutamanya gelaran UCL walaupun pasukannya berdepan cabaran sukar iaitu bertemu Atletico Madrid.

“Benar, gelaran liga sudah terlalu jauh untuk dikejar. Jadi apa yang boleh dibuat adalah dengan dapatkan kedudukan empat terbaik dan layak ke UCL musim hadapan.”

“Dalam masa yang sama, kami akan berjuang untuk dapatkan UCL dan FA Cup. Saya yakin yang kami boleh menang UCL dan FA Cup musim ini. Peduli apa dengan cakap orang,” kata Fernandes menerusi The Mirror.

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

Kami memang berhak

Mengakui yang misi untuk mendapatkan Premier League telah pun gagal, tidak hairan jika Fernandes mahu United berusaha untuk mendapatkan kejuaraan lain pula.

Hal ini kerana, Fernandes berasakan yang dirinya serta kelabnya memang berhak untuk dapatkan kejuaraan musim ini.

“Cita-cita saya tetap sama. Saya mahu memang trofi bersama kelab. Itu akan sentiasa akan ada dalam fikiran saya sampai hari terakhir saya di kelab ini.”

“Saya percaya yang saya boleh menang trofi bersama kelab ini. Saya yakin kami boleh.”

“Pada saya, kelab ini berhak untuk menang trofi, penyokong berhak menerimanya begitu juga dengan pemain – kami berhak untuk memenangi kejuaraan.”

Fernandes dianggap antara bintang utama United sejak kehadirannya dari Sporting Club.

Namun sehingga kini, beliau masih belum memberikan kejuaraan buat United.

Dua lagi kesempatan untuk United bergelar juara musim ini adalah dalam saingan UCL dan FA Cup. Untuk menunaikan hajat itu, mereka perlu melepasi Atletico serta Middlesbrough terlebih dahulu.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN