Pernah Bersama Skuad Simpanan Real Madrid Antara 3 Perkara Tentang Marc Vales, ‘Kereta Kebal’ Baharu Kedah

Marc Vales Andorra England pemain baru Kedah 2022 kereta kebal

Malam tadi, Kedah Darul Aman FC akhirnya telah melengkapkan senarai 30 pemain bagi musim 2022 apabila mengumumkan ketibaan ‘kereta kebal’ baharu dari Eropah, Marc Vales, bek tengah skuad kebangsaan Andorra.

Ia bukanlah sesuatu yang mengejut kerana para penyokong sudah menjangkakan ketibaannya sejak awal apabila wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan nama pemain itu di Twitternya pada 10 Januari lalu. Ia diikuti pengesahan daripada portal sukan di Norway yang menyatakan beliau akan ke Malaysia.

Dikaitkan Dengan Kedah, Portal Eurosport Norway Sahkan Marc Vales Akan ‘Terbang’ Ke Malaysia

Menurut Eurosport Norway yang memetik kenyataan Sandefjord, “Selepas tiga tahun setengah di Sandefjord, Marc Vales akan meninggalkan pasukan. Perkhabaran ini disahkan oleh kelab tersebut pada Jumaat, hari yang sama mereka membawa masuk pemain tengah berusia 24 tahun, Jesper Taaje dari KFUM-Kameratene Oslo.”

Marc Vales merupakan pertahanan import kedua yang telah dibawa masuk Aidil Sharin Sahak musim ini bagi mengukuhkan pertahanannya selepas ketibaan awal bek tengah Melaka United, Jang Suk-won sebelum ini.

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

Ini adalah tiga perkara tentang ‘kereta kebal’ baharu Kedah, Marc Vales yang dapat dirungkaikan ketika ini:

Pemain ‘regular’ skuad kebangsaan Andorra

Berusia 31 tahun dan merupakan pemain kelahiran Andorra, Marc Vales adalah pemain ‘regular’ buat negaranya. Memiliki 79 kaps dan lima gol, beliau masih aktif mewakili negaranya – kali terakhir pada 12 November lalu.

Ia adalah satu ‘aset’ terbaik Kedah dengan kehadiran pemain berstatus pemain kebangsaan, malah merupakan pemain berkaliber di Eropah. Namun, satu perkara yang penting, beliau perlu segera menyesuaikan diri dengan perubahan cuaca dan suasana apabila bermain di Malaysia. Ini kali pertama beliau bermain di luar Eropah.

Mungkin beliau adalah pemain yang berkaliber tetapi perubahan drastik kepada cuaca tropika mungkin akan memberi kesan kepada prestasinya. Namun sebagai pemain profesional yang sukakan cabaran, tentu ini hanya masalah kecil buat dirinya untuk menampilkan prestasi terbaiknya ketika menyarung jersi Hijau Kuning.

Pernah bermain untuk Real Madrid C di Sepanyol

Mungkin satu perkara yang menarik tentangnya adalah pengalaman bermain untuk skuad simpanan kedua Real Madrid iaitu Real Madrid C di Sepanyol. Selain itu, beliau juga pernah memerah keringat untuk Real Zaragoza B.

Ketika berusia awal 20-an, beliau mendapat peluang untuk bermain bersama Real Madrid C untuk tempoh setahun lebih dan kemudian semusim bersama Real Zaragoza B. Ia mungkin pengalaman paling berharga dalam karier bola sepaknya walaupun ia hanyalah aksi bersama skuad simpanan kelab besar di Sepanyol.

Sepanjang karier bola sepaknya, beliau hanya bermain di posisi bek tengah dan pemain tengah bertahan. Majoriti aksinya adalah di bek tengah tidak kira bersama Sandefjord, mahupun Andorra. Hanya lima kali sepanjang kariernya beliau beraksi sebagai pemain tengah bertahan dan itupun hanya bersama Andorra.

Perubahan taktikal Kedah untuk musim depan?

Ini menjadikan persoalan, adakah Kedah akan mempraktikkan formasi baharu untuk musim depan? Kita tahu, Kedah memiliki dua bek tengah yang bagus iaitu Jang Suk-won dan Rodney Calvin. Ini menarik untuk dilihat.

Adakah Marc Vales dimasukkan untuk posisi tengah bertahan? Boleh jadi juga kerana di posisi itu, Kedah hanya memiliki tenaga tempatan iaitu Asnan Ahmad, Amirul Hisyam dan Khairu Azrin Khazali yang dibawa masuk dari Penang FC. Melihat formasi yang boleh diketengahkan oleh Aidil Sharin, dua pemain tengah akan digunakan.

Marc Vales posisi
Posisi permainan Marc Vales. FOTO: Transfermarkt.com

Ia juga boleh jadi perubahan besar dengan meletakkan tiga pertahanan tengah dengan ketiga-tiga bek tengah itu boleh diturunkan serentak. Jika ia direalisasikan, ini mungkin kali pertama Kedah menggunakan formasi berteraskan tiga bek. Ini merupakan empat pasukan Liga Malaysia yang berteraskan tiga bek musim lalu.

Penutup

Marc Vales mungkin adalah tambah baik pasukan yang terbaik, namun pasti memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri sama ada secara taktikal ataupun cuaca di Malaysia. Jadi, kepada penyokong Kedah, diharapkan tiada harapan melampau diletakkan terhadapnya untuk terus menyinar dalam aksi pertama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN