Dikaitkan Dengan Kedah, Portal Eurosport Norway Sahkan Marc Vales Akan ‘Terbang’ Ke Malaysia

Marc Vales Malaysia Kedah 2022 Eurosport Norway

Bek tengah kelab Sandefjord yang bersaing di liga tertinggi Norway dan dikaitkan dengan Kedah, Marc Vales, nampaknya telah disahkan akan ‘terbang’ ke Malaysia seperti yang diumumkan portal Eurosport Norway.

Portal tersebut tidak menyatakan pasukan mana yang bakal disertainya, namun berdasarkan perkhabaran awal sebelum ini selain kemaskini terbaharu di laman Transfermarkt, tampak yang Marc Vales sedang menuju ke Kedah Darul Aman FC. Marc Vales akan menjadi pemain import terakhir bakal menyertai skuad Hijau Kuning.

Menurut satu ciapan wartawan Astro ArenaZulhelmi Zainal Azam, Marc Vales akan menjadi pemain terakhir menyertai kem Hijau Kuning, “Difahamkan, pertahanan skuad kebangsaan Andorra, Marc Vales yang beraksi di Liga Norway jadi import terakhir pasukan itu selepas menandatangani Ronald Ngah dan Dennis Buchening.”

Menurut portal tersebut sambil memetik kenyataan Sandefjord, “Selepas tiga tahun setengah di Sandefjord, Marc Vales akan meninggalkan pasukan. Perkhabaran ini disahkan oleh kelab tersebut pada Jumaat, hari yang sama mereka membawa masuk pemain tengah berusia 24 tahun, Jesper Taaje dari KFUM-Kameratene Oslo.”

“Kami amat berterima kasih atas usaha keras Marc Vales bersama kelab. Dan kami juga ingin mengucapkan semoga berjaya di Asia,” mereka memetik kenyataan kelab lama Marc Vales yang tidak memaklumkan ke mana destinasi yang dituju oleh pemain berusia 31 tahun itu. Pemain itu juga dilihat tidak memaklumkan tentangnya.

Tiada pengumuman rasmi tentang destinasi Marc Vales selain dikaitkan dengan Kedah dan juga Malaysia.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di Instagramnya, Marc Vales menulis panjang ucapan perpisahan kepada semua pihak. Beliau memulakan titipannya dengan ungkapan, “Hari ini adalah hari perpisahan dan sukar untuk saya menulis setiap rangkap ini. Harapnya saya dapat membuat anda faham tentang perasaan saya saat ini.”

Untuk rekod, musim 2021, beliau telah beraksi dalam 20 perlawanan dan meledak satu gol bersama Sandefjord. Mereka baru sahaja menamatkan musim 2021 dengan berada di kedudukan ke-10 Liga Norway, Eliteserien.

Beliau juga merupakan pemain skuad kebangsaan Andorra dan telah memiliki 79 kaps antarabangsa serta meledak lima gol – empat daripadanya dijaringkan ketika dalam pusingan kelayakan Euro dan Piala Dunia.

Marc Vales posisi
Posisi permainan Marc Vales. FOTO: Transfermarkt.com

Melihatkan aksinya bersama Sandefjord dalam satu rangkuman aksinya, beliau tampak sangat bijak dalam bertahan selain memiliki naluri baik di benteng. Beliau juga banyak digunakan untuk mengatur asakan ketika pasukannya menggunakan high defensive line dek kerana hantarannya yang baik serta arif posisi di tengah.

Marc Vales merupakan seorang bek tengah dan boleh beraksi sebagai pemain tengah bertahan. Dijangkakan pengendali, Aidil Sharin Sahak mungkin mahu lebih mengukuhkan benteng apabila akan beraksi di AFC Cup 2022. Ini kerana, majoriti aksinya adalah di bek tengah tidak kira bersama Sandefjord, mahupun Andorra.

Adakah Marc Vales dimasukkan untuk posisi tengah bertahan? Boleh jadi juga kerana di posisi itu, Kedah hanya memiliki tenaga tempatan iaitu Asnan Ahmad, Amirul Hisyam dan Khairu Azrin Khazali yang dibawa masuk dari Penang FC. Melihat formasi yang boleh diketengahkan oleh Aidil Sharin, dua pemain tengah akan digunakan.

Apa pun, kita masih menanti pengumuman rasmi ketibaan pemain skuad kebangsaan Andorra ini ke Kedah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN