Ronaldinho: Guardiola Mahu Saya Kekal Di Barcelona, Akhirnya Saya Terpaksa Tinggalkan ‘Keluarga Saya’

Pep mahukan saya kekal di Barcelona! Itulah luah Ronaldinho baru-baru ini.

Terlalu banyak spekulasi tentang kenapa Ronaldinho meninggalkan Barcelona.

Ramai yang mengaitkan ia dengan Pep Guardiola.

Pep Guardiola dikatakan tidak menyukai Ronaldinho dan mahu menjadikan Messi sebagai pemain utama beliau.

Ronaldinho berkata ketika Pep Guardiola  dilantik menjadi pengurus kelab Catalan itu pada 2008, Pep pada awalnya mahukan dia kekal di Barcelona.

Ronaldinho ketika itu menikmati musim kelima beliau di Barca. Beliau menjadi pemain utama Frank Rijkaard untuk memecahkan dominasi Los Blancos.

Kemudian media Sepanyol menyatakan Pep Guardiola tidak gemarkan cara Ronaldinho yang malas datang ke pusat latihan dan suka berfoya-foya.

Walau bagaimanapun, Ronaldinho menafikan hal itu an berkata Pep Guardiola sebenarnya mahukan dia kekal.

Tetapi Ronaldinho kemudian memilih untuk keluar dari Barcelona.

Menurut Ronaldinho:

“Apabila Pep tiba pada tahun 2008 beliau datang berjumpa dengan saya,”

“Beliau berkata beliau mahukan saya dalam pasukan, dan sangat berharap agar saya terus kekal saya.”

“Saya menghargainya tetapi saya tahu bahawa kitaran karier saya di Barca telah pun berakhir dan saya memutuskan untuk pergi.”

“Saya tidak pernah ada rasa sakit hati ketika meninggalkan kelab ini kerana mereka adalah keluarga saya.”

“Saya mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Pep. Ini kerana adiknya Pere sangat rapat dengan saya ketika saya bersama Nike.”

Ronaldinho sebelum itu menyertai Barcelona dari Paris St. Germain dan telah membantu kelab tersebut menjadi gergasi utama Eropah.

Beliau turut menikmati karier terbaik di kelab dan juga pasukan kebangsaan.

Ronaldinho kini kembali sebagai duta kelab tersebut dan akan aktif mempromosi kelab tersebut bersama-sama dengan UNICEF.

Beliau juga akan bekerja dalam satu projek khas dipanggil La Masia 360.

Baca juga:  Ke Mana Hilangnya Chris Kiwomya? Bintang Arsenal Yang Dipinjam Selangor!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN