Eden Hazard Lebih Banyak Belajar Taktikal Dengan Conte Berbanding Mourinho

Eden Hazard sekali lagi bercerita tentang Jose Mourinho. Pada musim lalu, pemain antarabangsa Belgium ini tidak sehaluan dengan Jose Mourinho.

Meskipun sebelum ini Mourinho menyatakan Hazard labih hebat daripada Ronaldo.

Hazard dikaitkan dengan sabotaj di bilik persalinan yang membawa kepada pemecatan Mourinho selepas Chelsea gagal mendapatkan keputusan yang baik.

Dalam satu warwancara khas dengan Thiery Henry untuk program Sky Sports, Hazard telah berkongsi pandangan beliau tentang taktikal di bawah Conte dan Mourinho.

Chelsea lebih taktikal

Eden Hazard mendedahkan bahawa Chelsea kini lebih taktikal dengan Antonio Conte berbanding ketika diuruskan Jose Mourinho.

Hazard berkata dia telah banyak belajar aspek pergerakan tanpa bola musim ini.

Conte telah mengubah nasib Chelsea sejak bermain dengan formasi 3-4-3 pada bulan September lalu. Ia disifatkan Hazard satu langkah berani.

Chelsea menang 13 perlawanan berturut-turut menyamai rekod Arsenal dan berada selesa di singgahsana EPL.

Hazard berkata:

“Elemen penting dalam kejayaan Conte adalah corak latihan yang diberikan untuk pemain memahami sistem taktikal baru,”

“Di bawah kendalian Jose Mourinho saya tidak memberikan perhatian sepenuhnya di pusat latihan berbanding dengan Conte.”

Beza pengurusan taktikal Conte dan Mourinho

Ditanya oleh legenda Arsenal, Thierry Henry apakah perbezaan utama bekerja di bawah Conte dan Mourinho?

Hazard memberitahu Sky Sports:

“Latihan Taktikal. Kami lebih banyak melakukan latihan taktikal dengan Conte.”

“Jadi kamu tahu apa yang perlu dilakukan di atas padang. Saya tahu apa yang perlu lakukan, begitu juga pemain pertahanan pun tahu apa yang harus mereka lakukan.”

“Di bawah Mourinho beliau akan memberikan kami satu sistem dan kami tidak banyak berlatih untuk melakukannya secara taktikal.”

“Ianya lebih kepada ikut kemampuan kami sendiri untuk melaksanakannya sebagai pemain bola sepak. Dan tahap automatism pemain berbeza-beza.”

Hazard lebih sedar kepentingan taktikal

“Saya menikmati lebih kebebasan sebagai penyerang sayap songsang (inside forward) di bawah 3-4-3 Conte berbanding menjadi pemain sayap dalam 4-2-3-1 Mourinho.”

“Di bawah Jose Mourinho saya tidak banyak membantu pertahanan.”

“Dengan Mourinho pada musim pertama kami menjuarai EPL, Matic berada di belakang saya,”

“Kadang-kadang saya hanya duduk di hadapan dan Matic melakukan kerja.”

“Dengan Conte ia berbeza. Saya lebih ke dalam kerana Marcus Alonso ada di sayap. Saya hanya perlu bersedia untuk melancarkan serangan balas.”

Hazard mengakui teruja dengan peranan baru beliau di bawah sistem Conte. Ia menjadikan beliau lebih matang di dalam padang.

“Kini saya tahu bahawa setiap pergerakan saya tidak semestinya untuk menerima bola, sebaliknya saya juga perlu bergerak untuk mencipta ruang kepada pemain lain,”

“Saya rasa sekarang saya lebih faham bahawa bola sepak bukan sahaja permainan dengan bola di kaki saya.”

“Memang perlu untuk mendapatkan bola di kaki, tetapi pada masa yang sama saya perlu memikirkan untuk menyerang lebih ke dalam pertahanan lawan untuk melakukan gol.”

Eden Hazard akan mengetuai jentera serangan Chelsea dalam perlawanan derbi menentang Arsenal di Stamford Brigde.

Kemenangan akan menjarakkan lagi diri mereka dengan Arsenal

Baca juga: Tony Fernandez Taja Ong Kim Swee Untuk Berguru Di Kota London

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN