Ke Mana Hilangnya Chris Kiwomya? Bintang Arsenal Yang Dipinjam Selangor!

Chris Kiwomya menjaringkan gol emas untuk Selangor kira-kira 20 tahun yang lalu ketika menentang Pahang dalam final Piala Malaysia tahun 1997.

Bagi peminat bola sepak 90-an anda pasti kenal akan nama pemain ini. Mana tidakna, apabila ketibaan beliau ke Malaysia diberikan publisiti meluas.

Beliau bukan datang dengan status sudah di luar prestasi kemuncak, sebaliknya datang dengan status prospek Arsenal di masa hadapan.

Chris Kiwomya adalah rekrut George Graham di Arsenal dan dibeli dari Ipswich Town dengan nilai £1.25 juta.

Pada ketika itu, Selangor berjaya mendapatkan khidmat beliau secara pinjaman selama 6 bulan dari Arsenal!

Anda boleh klik pautan di bawah ini untuk rangkuman aksi final Piala Malaysia 1997.

Final Piala Malaysia 1997: Selangor vs. Pahang

Tetapi, sayangnya Chris Kiwomya tidak lama bermain di Malaysia. Meskipun menggondol medal tunggal dari negara ini yakni Piala Malaysia.

Malah, TV3 sempat membuat liputan temubual khas bersama pemain ini. Mana tidaknya bintang Arsenal bermain di Liga M.

Pasca karier bersama Selangor

Namun, setelah kembali ke London, Gunners melepaskannya secara percuma. Seteru mereka, Queens Park Rangers lantas menyambar Chris Kiwomya.

QUEENS PARK RANGER V MANCHESTER CITY 06/10/99
PIC: Jason Green
CHRIS KIWOMYA(QPR) AND KEVIN HORLOCK THE TWO GOAL SCORERS BATTLE IT OUT

Beliau bersama-sama dengan Queens Park Rangers sehingga akhir musim 2001. Chris menjaringkan lebih 20 gol dalam hampir 100 penampilan di QPR.

Kemudiannya, beliau berpindah ke kelab Denmark, AAB Aalborg.

Karier kejurulatihan

Beliau pada 2008, Chris menjadi jurulatih pasukan simpanan Ipswich Town. Namun ia hanya sehingga Mei 2011.

Notts County mengambilnya pula menjadi pengurus skuad pembangunan pemain muda.

Menjadi pengurus

Notts County memberikan jawatan pengurus sementara kepadanya pada 3 Februari 2013. Ini berikutan pemecatan pengurus Keith Curle.

20 hari kemudian, kelab Nottinghamshire itu melantiknya menjadi pengurus tetap sehingga akhir musim. 

Susulan aksi memberangkan skuad Notts County di bawah kendalian beliau, Notts County lantas memberikan kontrak baharu selama tiga musim.

Sayangnya, tidak lama selepas musim League One 2013-14 bermula, beliau meletakkan jawatannya. Ini kerana kegagalan mereka beraksi baik liga.

Notts County cuma menang 2 perlawanan terakhir liga dikendalikannya.

Legasi

Anak saudaranya, Alex Kiwomya kini bermain untuk Crewe Alexandra yang dipinjamkan daripada Chelsea.

Cuma di sini ada satu persoalan, kenapa seolah tiada idea dari pengurusan Selangor FA untuk memanggil Chris Kiwomya sebagai jurulatih? Ketika Selangor ada duit sebelum inillah maksud kami.

Pengalamannya di England barangkali boleh membantu Red Giants lebih jauh. Mungkin isu sentimen bekas pemain Selangor akan menarik minat beliau.

Tidak lupa juga skuad Red Giants pernah memiliki seorang lagi bintang EPL iaitu Toony Cottee pada satu ketika dahulu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN