Andy Carroll Kini Lebih Bijak, Menyesal Jadi Kaki Botol!

Andy Carroll menyesal kerana dahulu dia adalah kaki botol ataupun ketagih alkohol.

Ia antara sebab kenapa beliau bergelut dengan prestasi beliau sendiri.

Kini, pemain West Ham ini kembali berada dalam prestasi terbaik beliau.

Andy Carroll

Carroll membantu West Ham memanjat tangga liga sehingga ke mereka kini berada di kelompok pertengahan liga.

Andy Carroll telah melahirkan rasa kesal ke atas reputasi beliau sebagai seorang “peminum tegar” ketika peringkat awal kerjaya bola sepak.

Beliau berpendapat ia adalah antara sebab kenapa badan beliau terlalu mudah cedera sehingga ke pada hari ini.

Asyik MC!

Carroll terlepas 12 perlawanan awal EPL musim ini untuk Hammers di mana beliau hanya bermain satu penampilan dalam sebelum dilanda kecederaan lutut.

Kecederaan yang menyebabkan beliau tidak beraksi hampir empat bulan.

Pasukan fisio West Ham melaporkan, Andy Carroll telah mengalami 13 siri kecederaan sejak menyertai West Ham pada musim 2012/13.

Carroll berjanji akan melakukan apa sahaja untuk membantu pasukan West Ham musim ini di samping sudah membuang tabiat ketagih alkohol.

Ia tabiat buruk

Andy Carroll berkata kepada Mirror UK:

“Pada masa lalu saya adalah seorang kaki minum yang tegar (big drinker).

“Prestasi saya telah rosak kerana tabiat buruk itu. Namun ia tidak memberikan apa-apa faedah.”

“Itulah diri saya yang dahulu. Satu penyesalan yang besar untuk diri saya apabila mengenangkan masa lau.”

“Tetapi sekarang? Saya tidak tunduk lagi kepada alkohol. Sekarang saya sedang melakukan apa sahaja yang saya temampu dalam karier dan kecergasan.”

Carroll telah bangkit kembali dari kecederaan untuk menjaringkan lima gol dalam 10 penampilan terakhir beliau.

Bekas penyerang Liverpool dan Newcastle United juga mengakui beliau bertarung dengan dirinya sendiri untuk mencari motivasi di hadapan gol.

Carroll berkata beliau ada masalah keyakinan diri sejak beberapa musim lalu. Kini beliau semakin pulih secara mental.

Carroll juga mendedahkan beliau perlu bermain lebih bijak. Salah satu sebab kenapa beliau sering cedera kerana terlalu aktif terlibat dengan duel.

Tambah Carroll:

“Saya perlu lebih bijak dalam permainan. Ada masanya saya tidak perlu cuba untuk memenangi setiap bola dan menunggu masa yang sesuai untuk melakukannya.”

Baca juga: Kedah vs. Felda United, Medan 2 Pasukan Buktikan Mereka Adalah Pencabar Kejuaraan MSL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN