Kedah vs. Felda United, Medan 2 Pasukan Buktikan Mereka Adalah Pencabar Kejuaraan MSL

Kedah harus menang dalam perlawanan yang kami anggap sebagai pertarungan 2 pasukan pencabar kejuaraan. Ini kerana Felda United masih lagi pasukan yang sangat kuat.

Pengulas di Eropah suka menggunakan ayat title credential. Ia merujuk kepada kemampuan pasukan pencabar kejuaraan untuk menang perlawanan dengan pasukan atas liga.

Ia juga disebut top flights teams!

Photo by Zam Zainal /www. asiana.my

Pencabar kejuaraan ataupun juara liga biasanya memiliki permulaan yang baik di dalam musim liga.

Walapun beberapa keputusan mungkin mereka gagal menang, namun credential itu lahir daripada kemampuan untuk mengelak kalah dan seri.

1. Penjaga gol

Farhan Abu Bakar minggu lalu memuat naik status yang menunjukkan beliau sedang koyak secara mental.

Tan Cheng Hoe harus mempertimbangkan sebaik-baiknya kedudukan beliau dalam perlawanan ini.

Memberikan Farhan tempat di kesebelasan utama adalah cara seorang jurulatih memberitahu, dia masih yakin dengan penjaga gol mereka.

Kredit: Facebook Kedah FA

Jadi, Tan Cheng Hoe mungkin akan memberikan tempat kepada Farhan di dalam perlawanan ini.

Jika ini berlaku, giliran Farhan untuk membuktikan dia ada mentaliti yang kuat sebagai bakat elit muda skuad muda kebangsaan.

Seorang penulis kami pernah berkata:

Beza seorang pemain yang bagus sahaja dengan pemain yang hebat/world class adalah, sejauh mana mereka boleh bertahan ketika mereka dihentam?

Farhan masih muda dan rasanya kejurulatihan pasukan Kedah sudah ada plan untuk menguatkan mental pemain ini.

Ingat, satu lagi syarat pasukan juara liga adalah memilki penjaga gol yang terbaik, sekurang-kurangnya 3 teratas dalam musim tersebut.

Farhan ada rekod dan potensi yang sangat baik sebelum ini, namun sedikit ada krisis keyakinan diri.

2. Peranan Sandro Mendoca

Sistem serangan pasukan Kedah cuba dibina dengan Sandro. Jadi, Tan Cheng Hoe harus ada pelan terbaik hari ini.

Memang impak tidak kelihatan di mata kita kerana mereka ada unit pemain yang sangat rajin di dalam padang seperti Liridon dan Baddrol Bakhtiar.

Namun, jika Sandro diturunkan dalam peranan yang efektif, Kedah adalah pasukan yang terbaik di Malaysia buat masa

Ini dengan mengambil kira JDT masih dalam proses untuk mengadun pasukan yang baru.

Mungkin meletakkan Sandro ke penyerang bayangan adalah penyelesaian terbaik.

3. Felda United ada kualiti yang kuat

Meskipun mereka tewas di Larkin, pasukan ini masih membuktikan mereka adalah pasukan yang baik untuk bersaing musim ini.

PAHANG, Jengka – FUFC player, Zahrahan Krangar (orange) and PKNS FC players (yellow) in action during their Super League match at Stadium Tun Abdul Razak Jengka on 21 Jan 2017. Photo by Zam Zainal / www.asiana.my

Kami sedikit kurang yakin dengan squad depth mereka. Namun buat masa ini, mereka hanya fokus kepada MSL jadi, isu squad depth itu masih tolak tepi.

Kualiti pasukan utama mereka sangat baik. Memiliki ramai pemain yang berkaki ‘sweet’ di tengah padang.

Dalam 2 perlawanan pertama, Kedah sudah melepaskan 3 bolos. Jadi mereka harus berhati-hati dalam perlawanan ini.

Felda United pula harus belajar dari kesilapan di Larkin. Jang persiakan kelebihan yang ada dengan melakukan perkara tidak sepatutnya.

Musim lalu, mereka antara pasukan yang paling meresap tekanan.

4. Taktikal

Kedah mungkin masih mencari formula. Namun taktikal Felda United jelas kekal dengan blue print yang ditinggalkan oleh Irfan Bakti.

Felda United masih pasukan yang memiliki serangan balas yang sangat bahaya musim ini.

Kedah masih mencari corak aliran di dalam taktikal mereka. Cuba kekal dengan hantaran pendek dan kualiti mencipta peluang beterusan.

Mereka memiliki kualiti pemain yang pelbagai untuk mengubah corak permainan.

Misalnya di bahagian sayap. Sama ada mereka mahukan sistem lebih rigid ataupun sistem lebih moden.

Rumusan

Dengan kekuatan yang dimiliki oleh kedua-dua pasukan, maka wajarlah perlawanan ini dilabel perlawanan tumpuan / match of the week.

Disiplin sentiasa menjadi kunci utama pasukan Felda United secara keseluruhannya, lupakan aksi kad kuning ke-2 di Larkin tempoh hari.

Kedah pula pasukan yang memiliki pemain istimewa untuk menyelamatakan pasukan ini ketika pemain-pemain lain buntu dan tertekan, itulah The Sniper mereka, Baddrol Bakhtiar.

Kedah player Baddrol Bakhtiar (L) during Super League match at Darul Aman Stadium on 27 January 2017. Photo by Muhammad Syamil Naim / www.asiana.my

Selamat berjuang kepada kedua-dua pasukan. Kami mengharapkan bola sepak yang terbuka dan menarik untuk malam ini.

Baca juga: Lontaran Panjang Delap, Misil Yang Menggemparkan Dunia Bola Sepak!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN