Ronald Koeman: Suarez Patutnya Kekal, Buktikan Saya Silap

Ronald Koeman

Pengendali Barcelona, Ronald Koeman mengakui bahawa Luis Suarez seharusnya kekal bersama The Blaugrana untuk membuktikan keupayaan dirinya berbanding daripada melangkah pergi ke Atletico Madrid.

Penyerang skuad kebangsaan Uruguay itu mengambil keputusan untuk meninggalkan Nou Camp untuk menyertai Atletico selepas memeterai kontrak selama dua tahun dengan yuran perpindahan bernilai £5.5 juta.

Suarez mengambil keputusan tersebut selepas Koeman mengakui bahawa penyerang berusia 33 tahun itu tiada dalam perancangannya bagi menghadapi musim 2020/21.

Namun bagi Koeman, beliau melihat Suarez perlu kekal bersama pasukan dan membuktikan bahawa dirinya salah tidak mahu menjadikan pemain tersebut dalam perancangannya.

”Mengenai Suarez, sangat sukar baginya untuk mula beraksi dan saya sudah memberitahunya. Dia kelihatan berada dalam kesukaran, namun saya sama sekali tidak pernah ada sebarang masalah dengannya.”

”Dia berlatih seperti biasa, berlatih dengan baik. Akhirnya dia membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan dan saya berkata: ‘Sekiranya kamu tidak meninggalkan pasukan, untuk apa jua alasan sekalipun, maka kamu menjadi salah seorang daripada skuad ini, lalu kamu boleh membuktikan saya salah’.”

”Dia seharusnya terus kekal bersama pasukan, ya,” ujar Koeman menurut laporan Goal.

”Hubungan saya dengan Luis baik sahaja, tetapi kelab merasakan kami perlu melakukan peremajaan pasukan. Anda boleh melihat skuad kami pada ketika ini.”

”Ansu Fati bermain, dia baharu sahaja berusia 17 tahun. Kami turut memiliki Pedri, 17 tahun, yang juga diberikan peluang. Ronald Araujo ada di sana dengan usia 21 tahun. Trincao juga sedemikian dan baru berusia 20 tahun dan kami baharu sahaja membeli Sergino Dest, yang berusia 19 tahun.”

”Mereka semua adalah pemain untuk masa depan,” tambah Koeman lagi.

Kredit featured image: Berengui/DeFodi Images via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Ronald Koeman:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN