Quantcast

BERITA

Twitter Ajax Berjenaka Cadangkan Ronald Koeman Cara Hentikan Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo sekali lagi menjadi pemain tumpuan apabila negaranya mara ke final Liga Negara Eropah.

Ronaldo menjarigkan hatrik di separuh akhir ketika menewaskan Switzerland. Kapten Switzerland Granit Xhaka menyifatkan Ronaldo sebagai luar biasa, dan tidak banyak yang boleh mereka perkatakan apabila kapten Portugal itu ‘mengganas’.

Pengurus Belanda, Ronald Koeman mengakui mereka sedang memikirkan cara untuk mengekang Cristiano Ronaldo dalam aksi final Ahad ini.

Ronald Komen menyatakan, adalah mustahil untuk bertahan berhadapan dengan Ronaldo. Jadi mereka perlu memikirkan isu bertahan secara unit yang berkesan.

Pemain muda Belanda, Frenkie De Jong juga menggariskan perkara yang sama. Mereka perlu mengawasi Cristiano Ronaldo.

Lalu, twitter Ajax berjenaka dengan memberikan cadangan kepada Koeman agar mempertimbangkan pemain Ajax iaitu Jurgen Ekkelenkamp untuk bermain.

Twitter Ajax kemudian memuat naik video memaparkan Jurgen Ekkelenkamp mengekang Ronaldo dengan menangkap pemain tersebut. Aksi foul tersebut mengudang rasa kelakar di kalangan warganet yang menyifatkan ianya benar-benar urusan serius untuk mengekang Ronaldo.

Tidak cukup dengan itu, Twitter Ajax turut ‘tagging’ akaun Ronald Koeman untuk perhatian, dengan menyatakan bahawa pemain itu tersedia untuk dipilih, diikuti dengan emoji mata yang megusik.

Portugal dan Belanda akan beraksi dalam final UNL bagi menentukan juara sulung kejohanan tersebut.

Belanda menewaskan England dalam saingan separuh akhir selepas beberapa siri pertahanan komedi oleh England.