Roberto Carlos Dedahkan Hampir Sertai Chelsea Pada Tahun 2007

Roberto Carlos

Legenda hidup Brazil, Roberto Carlos mendedahkan bahawa beliau sebenarnya semakin hampir untuk menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea bagi menghadapi saingan musim 2007/08.

Beliau yang ketika itu merupakan ejen bebas selepas menikmati 11 musim hebat bersama Real Madrid turut menjelaskan telah pun berjumpa dengan pemilik Chelsea, Roman Abramovich dalam usaha untuk membawanya ke Stamford Bridge.

Bagaimanapun perancangan untuk berhijrah ke kelab London itu terpaksa dilupakan berikutan masalah yang dihadapi pada saat-saat akhir.

”Saya mendapat dua tawaran iaitu dari Fenerbahce dan Chelsea. Dengan Chelsea tidak berjaya, jadi saya akhirnya menandatangani kontrak bersama Fenerbahce.”

”Tetapi, dengan Chelsea, ianya begitu hampir. Ia benar-benar sudah dipersetujui dan saya hanya perlu untuk ke sana dan menandatangani kontrak tersebut,” ujar Carlos menurut laporan dikeluarkan Goal.

Embed from Getty Images

”Hanya seminggu sebelum saya mengikat kontrak bersama Fenerbahce dan saya telah berada di Paris untuk berjumpa dengan Roman Abramovich dan Peter Kenyon (bekas Ketua Pegawai Eksekutif Chelsea).”

”Sayangnya, persetujuan itu tidak dapat dinoktahkan pada saat-saat akhir, di mana sering terjadi dalam bola sepak. Terdapat masalah dengan peguam.”

”Ketika semuanya sudah dipersetujui, saya juga telah 100 peratus yakin dapat melakukan dengan baik di Liga Perdana Inggeris kerana amat sesuai dengan karakter saya,” tambah pemenang Piala Dunia 2002 itu lagi.

Selepas tiga musim di Turki, Carlos kembali ke negara kelahirannya untuk beraksi bersama Corinthians dan kemudiannya turut meneruskan kariernya di Anzhi Makhachkala dan Delhi Dynamo.

Kredit featured image: Depo Photos/EuroFootball/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Roberto Carlos:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN