Roberto Carlos, Enigma Si Lagenda Bek Kiri Paling Ofensif Dan Pelancar Roket

Roberto Carlos, bek kiri paling ofensif dan sentiasa dikaitkan dengan gelaran pemain bek sisi terbaik di dunia sepanjang zaman.

Beliau telah menjadi antara figura paling penting skuad Brazil dan kelab yang diwakili beliau sepanjang karier bola sepak beliau.

Kerapkali menghadirkan magis dengan kemampuan melakukan rembatan on the run dan juga pakar sepakan percuma dan penalti.

Pemain istimewa biasanya meninggalkan cerita yang istimewa untuk dikenang. Itulah yang dilakukan Roberto Carlos ketika melakukan sepakan percuma UFO pada 1997.

Beliau menewaskan Barthez dalam perlawanan persahabatan. Ia adalah roket! Ataupun seperti peluru!

Kehidupan awal

Roberto Carlos dilahirkan pada 10 April 1973  di dalam keluarga susah. Ayahnya Oscar da Silva dan ibunya Vera Lucia bekerja di ladang kofi di Sao Paolo.

Roberto Carlos juga seperti budak-budak Brazil yang lain, sangat suka bermain bola sepak. Namun pada usia 12 tahun beliau tidak ada terlalu banyak masa bermain bola sepak seperti budak lain.

Ini kerana Carlos terpaksa bekerja untuk meringankan beban keluarganya. Beliau bekerja di kilang tekstil bernama Torsao Cardeiro.

Namun, cita-cita menjadi pemain bola sepak tidak pernah padam walaupun beliau tidak pernah terfikir akan menjadi pemain bola sepak profesional suatu hari nantu.

Karier berkembang

Roberto Carlos menyertai pasukan belia Uniao Sao Joao. Kelab yang berpangkalan di daerah Araras , Sao Paolo.

Pada 1992, beliau dipinjam oleh kelab besar, Atletico Mineiro dari Uniao Sao Joao to the Belo Horizonte.

Namun sayangnya Atletico Mineiro tidak cukup serius dalam usaha mendapatkan beliau. Carlos akhirnya disambar oleh Palmeiras.

Pada 2 musim pertama beliau di Palmeiras, Carlos membantu kelab tersebut menjuarai Liga Brazil untuk 2 musim berturut-turut.

Beliau terus mendapat panggilan dari skuad kebangsaan. Kemampuan beliau menjadi bek sayap dan bek sisi menyerang membuatkan beliau diperhatikan oleh kelab Eropah.

Ke Eropah!

Pada 1995,  Roberto Carlos menyertai Inter Milan. Pada perlawanan pertama sahaja beliau sudah melakukan sepakan percuma yang menghasilkan gol.

Namun, itulah satu-satunya benda indah yang dikenang oleh Carlos di Inter Milan. Inter  Milan menamatkan liga di tangga ke-7 dan tewas di final UEFA Cup. Carlos dijual oleh Inter Milan ke Real Madrid pada 1996.

Sehingga ke hari ini, ia antara penjualan pemain yang paling merugikan pernah dilakukan Inter Milan. Beliau mendedahkan yang beliau dipaksa keluar oleh Inter Milan.

Carlos berkata:

“Roy Hodgson menghancurkan karier saya di Inter Milan. Dia mengarahkan saya bermain di tengah. Pada ketika itu, karier saya bersama skuad Brazil hancur.”

“Saya bercakap ini bukan kerana ada masalah dengan Hogdson.  Tetapi ketika dia kata saya tidak akan berjaya menjadi bek sisi, saya cakap kepada dia, yang dia tidak banyak pengetahuan tentang bola sepak.”

Menjadi yang terbaik

Setelah berhijrah ke Real Madrid, Roberto Carlos mencapai tahap tertinggi karier bola sepak beliau. Roberto Carlos adalah bek kiri lagenda Real Madrid.

Sepanjang 11 tahun di sana beliau telah menjaringkan 71 gol daripada 584 penampilan. Carlos menjulang 4 kejuaraan La Liga, dan 3 UCL.

Pada 1998, Roberto Carlos menyertai skuad Brazil untuk bermain di Piala Dunia Perancis. Brazil hanya menjadi naib jaura ketika itu. Ia antara skuad paling hebat dalam sejarah bola sepak dunia.

Carlos akhirnya menjulang Piala Dunia bersama Brazil pada temasya yang berlangsung di Korea-Jepun tahun 2002. Carlos menjaringkan 1 gol dalam kejohanan itu.

Selepas disingkirkan Perancis di suku akhir Piala Dunia Jerman 2006 , Roberto Carlos mengumumkan persaraan beliau dari tugasa antarabangsa.

Beliau menamatkan perkhidmatan bermain untuk dalam skuad Brazil dengan rekod 125 penampilan serta 11 gol.

Tahun berikutnya beliau dilepaskan Real Madrid ke Fenerbahce. 2 musim di Fenerbahce, Carlos berjaya menjulang 1 trofi.

Pada 2010, Roberto Carlos kembali ke negaranya, Brazil. Beliau menyertai Corinthians dan menjaringkan beberapa gol penting.

Namun beliau meninggalkan kelab tersebut sebelum kontrak tamat selepas tidak tahan dengan ugutan oleh penyokong.

Pada 2011 Carlos menyertai kelab Russian club Anzhi Makhachkala dan bersara di sana selepas semusim.

Beliau pernah dilantik menjadi pengurus Anzhi Makhachkala. Beliau kemudian menguruskan satu lagi kelab Turki iaitu Sivasspor pada 2013. Beliau meninggalkan Sivasspor pada 2014.

Beliau menguruskan Akhishar Belediyespor yang juga kelab Turki sebelum pergi ke Indian Super League, menguruskan Delhi Dynamos pada 2015.

Selepas tamat musim 2015, Carlos mengumumkan dia tidak akan menguruskan Delhi Dynamos lagi.

Lagenda pemain bek sisi paling ofensif dalam sejarah

Roberto Carlos disenaraikan dalam FIFA World Cup Dream Team. Beliau juga diiktiraf sebagaai 100 pemain terbaik dunia yang masih hidup oleh FIFA pada 2004.

Roberto Carlos adalah lagenda bek sisi ataupun bek kiri paling ofensif dalam sejarah bola sepak. Beliau boleh menjaringkan gol seperti seorang penyerang.

Carlos banyak menjaringkan gol-gol luar biasa dalam karier beliau.

Rembatan  dan larian deras dan teknik outside curler beliau adalah signature penting Roberto Carlos.

Baca juga: Ronaldo Il Fenomeno, Lagenda No.9 Terbaik Sepanjang Zaman

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN