Sains Di Sebalik Sepakan Percuma ‘UFO’ Roberto Carlos Satu Ketika Dahulu

Lebih dua dekad yang lalu pada 3 Jun 1997, Roberto Carlos melakukan sepakan percuma ikonik dalam sejarah bola sepak dunia. Ramai menggelar ia sebagai UFO.

Penjaga gol legenda Perancis, Fabien Barthez hanya mampu terpaku melihat bola itu yang melawan hukum fizik.

20 tahun selepas sepakan percuma itu, dalam satu temu ramah dengan ESPN Brazil, Roberto Carlos secara jujur berkata beliau sendiri tak tahu yang gol sepakan percuma itu boleh berlaku.

“Jujurnya saya katakan, sehingga hari ini saya tak tahu bagaimana saya melakukannya. Saya hanya rembat bola itu.”

“Ia gol yang cantik dan memerlukan banyak latihan sepanjang karier saya untuk melakukan sepakan percuma. Namun kerja keras saya terbalas dengan gol secantik itu. Ianya detik yang sangat istimewa buat saya.”

Ketika beliau menjaringkan gol tersebut, Roberto Carlos baru sahaja memulakan karier di Real Madrid selepas dijual oleh Inter Milan.

Di Madrid, Carlos memenangi banyak kejuaraan dan menjadi duta rasmi kepada kelab tersebut. Beliau juga menjadi pemenang Piala Dunia pada 2002. Muncul dalam 3 edisi Piala Dunia bersama-sama Brazil. Beliau bersara daripada bola sepak pada 2015.

MADRID, SPAIN – NOVEMBER 19: Ronaldinho (R) of Barcelona shoots the ball past Roberto Carlos to score a goal during a Primera Liga match between Real Madrid and F.C. Barcelona at the Bernabeu on November 19, 2005 in Madrid, Spain.(Photo by Denis Doyle/Getty Images)

Carlos menyatakan yang beliau tak pernah mencuba lagi untuk melakukan gol seperti itu kerana tahu ianya mustahil untuk berlaku lagi.

“Saya tak pernah mencuba melakukannya lagi kerana tahu ianya tidak akan masuk. Dalam bola sepak hari ini, ramai pengambil sepakan percuma, suatu hari nanti, akan ada yang melakukan gol seperti itu.”

Sebaliknya, beberapa pakar fizik tidak sependapat dengan kemungkinan gol itu diulangi. Ada yang setuju menyatakan gol ini hanyalah sukar diulangi tetapi tak mustahil untuk diualangi.

Tetapi ada pula menyatakan gol ini mustahil untuk diulangi.

Gol UFO Roberto Carlos itu telah banyak dibicangkan secara ilmiah oleh pakar fizik. Ramai pakar dan saintis mulai menganalisis gol itu dari sudut aerodinamik dan juga pola lencongan bola tersebut.

Kajian ahli fizik Perancis

Salah satu kajian yang popular berkaitan gol ini adalah hasil kajian saintis Perancis, Guillaume Dupeux, Anne Le Goff, David Quere dan Christophe Clanet.

Mereka menerbitkan kajian berjudul New Journal of Physics pada September 2010. Dalam kajian mereka, ahli-ahlif fizik ini melakukan beberapa siri eksperimen dan analisis.

Hasil kajian dalam ‘equation’ yang menjelaskan trajektori bola dan daya yang mempengaruhi gerakan bola tersebut hasil tindakan pada masa yang tepat.

“Dalam kes bola sepak, di mana ℒ adalah 2 kali lebih kecil daripada L, ianya menarik untuk diulas. Trajektori bola dapat menyimpang dengan ketara dari suatu lingkaran ke lingkaran lain, dengan syarat percubaan itu cukup panjang.”

“Lalu trajektori itu sangat mengejutkan dan sukar dijangka oleh penjaga gol.”

“Inilah cara kami mentafsirkan gol terkenal oleh pemain Brazil, Roberto Carlos menentang Perancis pada tahun 1997.”

“Sepakan percuma ini dirembat dari jarak kira-kira 35 meter, iaitu jarak yang kami rasa memang mampu menghasilkan trajektori yang luar biasa. Dengan syarat, bola itu dirembat dengan tenaga sangat kuat.”

“Kebolehan Roberto Carlos melakukan sepakan yang sangat deras antara ciri-ciri yang membantu untuk menghasilkan trajektori secara brutal itu yang melengkungkan bola ke dalam gawang gol pada halaju yang cukup besar untuk mengejutkan penjaga gol.”

Ahli-ahli fizik Perancis tersebut mendedahkan inilah trajektori sebenar bola yang disepak Carlos jika faktor graviti tidak diambil kira:

Menurut kertas kajian tersebut, pada jarak 35 meter, sudut relatif kepada pintu gol sebanyak 12 darjah, dan kelajuan 38m/s:

(a) bola tersebut akan tersasar 4 meter dari pintu gol jika tiada spin

(b) bola tersebut akan tersasar 1 meter dari pintu gol jika ia mengikut trajektori bulat

(c) bola tersebut akan masuk ke pintu gol jika ia mengikut trajektori cengkerang siput (spiral)

Dupeux, Le Goff, Quere dan Clanet menyimpulkan, jika jarak dan kekuatan yang sama dilakukan oleh pemain lain dalam cuba menghasilkan semula gol itu, mereka merasakan gol tersebut boleh dihasilkan semula.

Disangkal ahli fizik Brazil

Namun pandangan ini disangkal oleh ahli fizik dari Brazil, Profesor Luiz Fernando Fontanari. Beliau menolak dalil yang diberikan dalam journal tersebut dan menyatakan yang gol Roberto Carlos adalah keajaiban dalam bola sepak.

“Walaupun fizik menjelaskan dengan sempurna tentang trajektori bola serta kondisi ketika itu termasuk kekuatan sepakan, impak kaki Roberto Carlos pada titik bola, serta jarak bola daripada gol.”

“Semua itu adalah sangat sukar diulang semula dan kita hanya boleh katakan itu adalah keajaiban.”

Fontanari adalah editor kepada jurnal Physics of Life Reviews dan Theory in Biosciences. 2 jurnal yang penting dalam ilmu fizik di dunia.

Beliau juga setuju jika bola itu tak terhenti pada jaring, ianya akan terus menghasilkan trajektori berbentuk cengkerang.

“Saya tak percaya perkara seperti ini boleh diulang semula.”

 

Leave a Reply