Danny Rose: Pemain Dijadikan Sebagai Tikus Makmal

Danny Rose

Pemain bek kiri Newcastle United, Danny Rose seperti diketahui pada ketika ini cukup lantang dalam mengkritik langkah untuk menyambung kembali saingan Liga Perdana Inggeris dalam tempoh terdekat seperti dicadangkan.

Rose yang dipinjamkan dari Tottenham Hotspur sebelum ini menegaskan bahawa adalah tidak wajar untuk bercakap soal bola sepak sekiranya kes berkaitan wabak COVID-19 tidak menunjukkan penurunan.

Menurut laporan yang dikeluarkan Goal, Rose menganggap para pemain dalam kancah Liga Perdana Inggeris kini seolah-olah dijadikan sebagai bahan uji kaji atau tikus makmal.

”Saya juga ingin kembali beraksi. Saya tahu orang ramai yang dijangkiti pandemik ini lebih teruk terjejas berbanding saya, jadi saya tidak mahu untuk mengeluh tentang apa perkara pun.”

Embed from Getty Images

”Tetapi tidak seperti itu apabila terdapat orang-orang yang menyarankan supaya kami harus kembali beraksi, pada dasarnya ia seperti tikus makmal, di mana kami perlu untuk kembali bermain bola sepak pada fasa ini dan melihat sama ada ia berhasil atau tidak.”

”Saya hanya dapat membayangkan orang di rumah mengatakan bahawa mereka [pemain bola sepak] dibayar dengan mahal, jadi mereka perlu untuk kembali beraksi.”

”Jadi untuk perkara seperti itu di mana saya hanya berfikir ‘ini tidak perlu untuk dirisaukan’, saya berpotensi untuk mempertaruhkan kesihatan saya untuk hiburan orang ramai [peminat bola sepak] dan itu perkara yang saya tidak mahu terlibat, sekiranya saya jujur dengan anda,” ujar Rose lagi.

Selain pemain skuad kebangsaan England itu, beberapa pemain seperti Sergio Aguero, Todd Cantwell dan Troy Deeney juga antara pemain yang kurang bersetuju dengan cadangan untuk kembali menyambung aksi liga dalam tempoh terdekat ini.

Kredit featured image: Mark Fletcher/MI News/NurPhoto via Getty Images

Baca artikel kami yang lain mengenai Danny Rose:

Leave a Reply