Robert Lewandowski: Kehadiran Leroy Sane Dapat Bantu Bayern Munich

Robert Lewandowski

Penyerang berbisa Bayern Munich, Robert Lewandowski percaya Leroy Sane mampu untuk menjadi tambahan hebat buat kelab gergasi saingan Bundesliga tersebut.

Menurut sumber dikeluarkan Goal, pemain sayap Manchester City yang sekian lama menarik minat Bayern Munich itu dikatakan sudah mencapai persetujuan untuk menyertai kelab Bavaria tersebut dengan perjanjian selama lima tahun.

Sehubungan dengan itu, Lewandowski merasakan sekiranya penghijrahan itu menjadi kenyataan, Sane mampu untuk memberikan penyelesaian baharu [corak permainan] buat Bayern Munich.

”Terdapat begitu banyak spekulasi. Saya hanya boleh mengatakan bahawa dia adalah seorang pemain yang hebat dengan kemahiran individu di mana boleh bersatu dengan baik bersama rakan sepasukan lain.”

”Tidak hanya dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah, kami telah menyaksikannya ketika di Schalke.”

Embed from Getty Images

”Dia pasti dapat membantu kami dalam mencari penyelesaian baharu terhadap corak permainan kami,” ujar Lewandowski menurut laporan Goal.

Sane yang menjadi antara sandaran utama buat Manchester City dalam merangkul Liga Perdana Inggeris buat dua musim berturut-turut terpaksa melupakan saingan musim 2019/20 selepas mengalami kecederaan lutut ketika aksi Perisai Komuniti bertemu Liverpool yang memaksanya berehat panjang.

Pemain berusia 24 tahun itu telah membuat 134 penampilan bersama The Cityzens dalam semua pertandingan yang disertai sejak musim 2016/17 dan turut berjaya menjaringkan 39 gol.

Amat menarik untuk menantikan adakah spekulasinya untuk kembali ke Jerman menjadi kenyataan atau beliau akan terus kekal di Etihad Stadium.

Kredit featured image: Alexander Hassenstein/Bongarts/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Robert Lewandowski:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN