Bintang muda Kelantan FC, Nik Akif Syahiran Nik Mat akhirnya secara rasmi telah diperkenalkan sebagai pemain baharu Terengganu FC, sebentar tadi.
Penghujung musim lalu, Nik Akif sudah pun dikatakan bakal berhijrah ke Terengganu pada permulaan musim 2020, namun akhirnya ia gagal direalisasikan selepas Kelantan berjaya melanjutkan kontrak pemain berusia 21 tahun itu untuk tempoh dua tahun.
Nik Akif Kekal di Kelantan Musim Depan, Terikat Dengan Kontrak Sehingga 2021 – https://t.co/pHjsREonzj pic.twitter.com/NjNn527qEe
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) October 30, 2019
Ketika itu timbul kenyataan pemain tersebut yang dipetik berkata beliau tidak menolak kemungkinan bakal meninggalkan pasukan tersebut akibat masalah tunggakan gaji yang tak berkesudahan. Berkata kepada Sinar Harian, Nik Akif menjelaskan yang isu tersebut menjejaskan semangat dan prestasi pasukan pada musim 2019.
“Saya sedia menebus kontrak saya berjumlah RM1 juta untuk berhijrah ke pasukan lain, jika keadaan memaksa demi karier dan masa depan saya,” katanya ketika itu.
Musim ini, isu yang sama kembali berulang sehingga Nik Akif menjadi antara pemain yang ke depan dalam mengutarakannya untuk perhatian pihak pengurusan.
5 Perkara Menarik Tentang Pembelian Saham TRW Oleh ZamSaham https://t.co/cems1E5N7H pic.twitter.com/4QmhvBiQ4y
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) September 3, 2020
Walaupun segalanya sudah diselesaikan selepas Kelantan diambil alih oleh pemilik baharu, ZamSaham pada September lalu, namun mungkin Nik Akif sudah tidak mahu melalui kesukaran sebagaimana musim sebelum ini sehingga beliau memilih untuk menamatkan kontraknya seterusnya berhijrah buat kali pertama dalam kariernya.
Menurut laporan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam beberapa hari lalu, Nik Akif telah menamatkan kontraknya bersama Kelantan. Ekoran itu, beliau dikaitkan semula untuk menyertai Terengganu untuk saingan musim 2021, selain turut menarik minat beberapa pasukan lain seperti Selangor, Perak dan terbaharu, Kedah.
Nik Akif Syahiran bakal menyertai Terengganu selepas kontraknya bersama Kelantan sudah dibatalkan, namun difahamkan ada pasukan lain cuba mendapatkan khidmatnya.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) December 7, 2020
Namun, perpindahan ke Terengganu nampaknya lebih berkemungkinan kerana Nafuzi Zain merupakan bekas jurulatihnya ketika bersama skuad Piala Presiden Kelantan.
Bercakap kepada media Terengganu FC, beliau dipetik berkata berminat dengan gaya permainan yang diterapkan oleh Terengganu, selain mahu membalas kepercayaan jurulatih serta harapan para penyokong yang sememangnya menantikan kehadirannya.
Bersama Kelantan di saingan Liga Premier, Nik Akif beraksi dalam semua perlawanan dengan merekodkan 954 minit permainan dan turut berjaya meledak dua gol.
KREDIT FEATURED IMAGE: TERENGGANU FC
Baca lagi artikel mengenai Nik Akif Syahiran dan Terengganu FC:
Nik Akif Kekal di Kelantan Musim Depan, Terikat Dengan Kontrak Sehingga 2021
‘Kasihanilah Kami’ – Nik Akif, Farisham Ismail Utus Ingatan Buat KAFA
RASMI: Faisal Halim Pilih Untuk ‘Terbang’ Ke Asia Bersama Terengganu FC