Aubameyang Didenda RM40,000 Kerana Kutuk CAF Di Media Sosial

Aubameyang Gabon Gambia

Penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang telah didenda oleh Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) sebanyak $10,000 (RM40,640) kerana memuatnaik satu hantaran di media sosial yang dianggap mencemarkan imej dan reputasi organisasi tersebut.

Ia berikutan tindakan Aubameyang yang menyalahkan CAF selepas pasukan kebangsaan Gabon terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Banjul, Gambia sebaik sahaja tiba di negara tersebut untuk perlawanan kelayakan Piala Negara-Negara Afrika pada bulan lepas.

Ia memaksa semua pemain dan pegawai pasukan berehat dan tidur di lantai kerana tidak dibenarkan terus ke hotel penginapan sebelum dibenarkan untuk keluar dari lapangan terbang tersebut pada keesokan paginya.

Pemain berusia 31 tahun itu yang berang telah menyalahkan CAF kerana gagal membantu delegasi skuad Gabon untuk mendapatkan rehat yang cukup menjelang perlawanan.

“Terbaik CAF, ini apa yang berlaku jika kita kembali ke zaman 90-an. Perkara ini tidak akan menjatuhkan motivasi kami, tetapi orang ramai perlu tahu apa yang berlaku dan CAD perlu bertanggungjawab dengan kejadian ini,” ciap Aubameyang.

“Ini sudah tahun 2020 dan kita mahu bola sepak Afrika bertambah maju, tetapi kejadian ini tidak sepatutnya berlaku jika kita mahu capai apa yang diharapkan.”

Jawatankuasa Disiplin CAF dalam kenyataannya mengatakan tuduhan Aubameyang itu bersifat ofensif dan menjatuhkan maruah badan pengurusan bola sepak Afrika berkenaan.

Turut dihukum adalah Persatuan Bola Sepak Gambia yang diberikan denda sebanyak $100,000 kerana tidak menghormati dan memenuhi semangat kesukanan terhadap delegasi pasukan lawan.

Dalam perlawanan yang berlangsung sehari selepas kejadian tersebut, Gabon tewas 2-1 kepada Gambia. Ia meletakkan kedua-dua pasukan kini terikat dengan tujuh mata selepas empat perlawanan, tetapi Gambia mendahului kumpulan D dengan kelebihan jaringan.

Kredit Foto: Pierre-Emerick Aubameyang & Freddhy Koula

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Pierre-Emerick Aubameyang:

RASMI: Aubameyang Kekal Di Arsenal, Ikrar Mahu Jadi Lagenda Seperti Henry

Aubameyang Dan Skuad Gabon Bengang Terpaksa Bermalam Di Lantai Lapangan Terbang Gambia

Mikel Arteta: Aubameyang Perlu Kekal Untuk Sebaris Legenda Arsenal

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN