RASMI: Pulau Pinang Pinjam Pemain Kacukan Indonesia-Jepun, Ryuji Utomo

Ryuji Utomo Pulau Pinang Pinjam Persija Jakarta

Pemain Persija Jakarta, Ryuji Utomo sah telah dipinjamkan semusim ke Pulau Pinang, menurut laporan daripada laman sesawang rasmi kelab, Persija, sebentar tadi.

Pertahanan berusia 25 tahun itu mungkin satu pelaburan yang berbaloi buat Pulau Pinang kerana usianya dan juga boleh beraksi di posisi tengah. Mungkin beliau akan digunakan di posisi tengah kerana mereka sudah memiliki bek tengah, Rafael Vitor.

Rafael Vitor adalah antara pemain import yang dikekalkan selain penyerang berbisa, Casagrande dan pemain tengah, Endrick dos Santos. Hanya Lee Chang-hoon yang tidak dikekalkan dalam skuad yang bakal kembali beraksi di saingan Liga Super.

Ryuji Utomo merupakan seorang pemain kacukan Indonesia- Jepun menerusi bapanya yang merupakan warganegara Indonesia dan ibunya, seorang warganegara Jepun. Beliau juga sudah memiliki satu kaps bersama skuad kebangsaan Indonesia.

Beliau juga pernah membantu skuad B-23 Indonesia memenangi pingat gangsa dalam saingan Sukan SEA 2017, yang menyaksikan mereka tumbang kepada Malaysia di peringkat separuh akhir dengan keputusan 0-1, hasil jaringan N. Thanabalan.

Menurut Presiden Persija Jakarta, Mohamad Prapanca, beliau dipetik berkata, “Pulau Pinang tertarik dengan aksi Ryuji [Utomo] yang memiliki kualiti permainan yang sangat baik, serta mempunyai peribadi yang bagus. Kami yakin, apabila pulang, Ryuji akan menjadi pemain yang matang dan menjadi tembok kukuh buat benteng Persija.”

Mereka juga menyatakan Pulau Pinang adalah pilihan yang tepat berbanding beberapa pasukan lain yang turut berminat untuk mendapatkan khidmatnya. Kemungkinan besar ia adalah berkaitan dengan saingan Liga Malaysia (Liga M) yang tetap berlangsung berbanding Liga Indonesia yang terus tertangguh akibat pandemik COVID-19.

Menurut laporan itu lagi, pihak pengurusan pasukan membuka peluang kepada para pemainnya untuk berhijrah kerana Liga Indonesia yang mungkin terus ditangguhkan.

Kali terakhir pemain warganegara Jepun beraksi bersama Pulau Pinang adalah pada musim 2015 iaitu Dan Ito. Walaupun Ryuji Utomo merupakan pemain Indonesia, beliau tetap miliki darah Jepun di dalam dirinya menerusi susur galur ibunya.

KREDIT FEATURED IMAGE: PERSIJA JAKARTA

Baca lagi artikel mengenai Pulau Pinang dan Indonesia:

Pulau Pinang Buru Khidmat Jurulatih Import Untuk Saingan Liga Super 2021

Azmi Muslim Tak Mahu Pulau Pinang Sekadar Jadi Pasukan Pelengkap Liga Super 2021

Pulau Pinang Gagal Lakar Musim ‘Invincible’ Seperti Juara Musim 2013, Sarawak

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN