Juan Mata: Lebih Banyak Jaringan Akan Diledakkan Oleh Edinson Cavani

Edinson Cavani

Pemain tengah Manchester United, Juan Mata optimis rakan sepasukannya, Edinson Cavani mampu untuk meledakkan lebih banyak jaringan selepas pemain tersebut membantu The Red Devils mencatatkan kemenangan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21 ketika bertemu Southampton, tempoh hari.

United yang bangkit daripada ketinggalan dua gol harus berterima kasih kepada Cavani berikutan kemampuan hebat penyerang berpengalaman tersebut meledakkan dua gol pada perlawanan di St Mary’s Stadium itu.

Bukan sahaja bertindak selaku rakan sepasukan, Mata juga pada ketika ini banyak membantu Cavani dalam menjadi juru alih bahasa berikutan pemain berusia 33 tahun itu masih belum fasih berbahasa inggeris.

Sehubungan dengan itu, Mata mengakui tiada keraguan untuk melihat Cavani menjadi nadi kekuatan di jentera serangan buat Manchester United dengan kualiti hebat dimilikinya.

”Ander [Herrera], yang bermain bersamanya di PSG, menghubungi dan memberitahu saya: ‘Saya rasa Edinson akan pergi ke kelab kamu, kamu akan melihat dia merupakan seorang yang cukup hebat, sangat profesional dan saya tahu kamu akan membantunya.”

”Jadi, sejak Edinson tiba, saya cuba untuk menjawab soalan-soalan yang ditanyakannya tentang kelab atau bilik persalinan,” ujar Mata menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Saya boleh membantu dalam menterjemahkan bahasa apabila dia mahu berkomunikasi dengan semua orang di kelab ini, juga bersama kakitangan pasukan.”

”Dan sejak dia berada di sini, seperti yang diperkatakan oleh Ander, saya dapat melihat bagaimana dia begitu fokus, sifat profesionalnya.”

”Edinson telah melakukan banyak mencapai banyak perkara dalam bola sepak dan dia masih lagi sangat merendah diri. Sungguh hebat kami dapat memilikinya.”

”Dia membawakan pegalamannya, dia juga akan meledakkan banyak jaringan buat kami,” tambah Mata lagi.

Selepas mengharungi lima perlawanan EPL, Cavani berjaya menjaringkan tiga gol dan mencipta satu bantuan jaringan. Dengan kualiti hebat dimiliki, tidak mustahil beliau mampu menjadi jawapan kepada masalah ketiadaan penyerang tulen dalam skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer.

Kredit featured image: Matthew Peters/Manchester United via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Edinson Cavani:

Cavani Mungkin Dingantung Tiga Perlawanan Kerana Perkataan Perkauman

Cavani Yakin Akan Kembalikan ‘Keadilan’ Buat Jersi Ikonik Nombor 7 United

EPL 2020/21: Edinson Cavani Pamer Bisa, Bantu Kebangkitan Dramatik Man Utd

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN