Rasmi! Senarai Akhir 20 Pemain Sukan SEA 2017

Kira-kira sejam yang lalu, FAM menerusi laman rasmi mereka mengeluarkan senarai akhir 23 pemain yang akan beraksi untuk Malaysia dalam temasya Sukan SEA.

Selepas melalui beberapa saringan dan pertimbangan Datuk Ong Kim Swee menyenaraikan pemain seperti berikut.

Sementara itu, 8 nama digugurkan atas pelbagai sebab. Ini termasuk 4 pemain yang telah membantu Malaysia mara ke Piala AFC B-23 dalam pusingan kelayakan di Bangkok bulan lalu. FAM dalam kenyataan mereka berkata:

“Empat pemain daripada skuad ke Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2018 di Bangkok, Thailand, bulan lalu telah digugurkan Kim Swee untuk senarai akhir ke Sukan SEA 2017 ini iaitu penjaga gol Amierul Hakimi Awang (Terengganu), Raphi Azizan Mariappen (PJ Rangers), Danial Ashraf Abdullah (Kelantan) dan Sean Eugene Selvaraj (Negeri Sembilan).”

“Sebagai ganti Kim Swee telah menyenaraikan enam pemain baharu iaitu Syamer Kutty Abba dan S Kumaahran (Pulau Pinang), Haziq Nadzli dan Safawi Rasid (Johor Darul Ta’zim) serta Matthew Davies dan Nor Azam Abdul Azih (Pahang).”

“Turut digugurkan ialah empat lagi pemain iaitu Dominic Tan (Johor Darul Ta’zim), Tommy Mawat Bada (Sarawak), Ahmad Azriddin Rosli (Felda United) dan Ahmad Khairil Anuar Zamri (Perak).”

Perlawanan pertama skuad B-22 kebangsaan dalam Kumpulan A adalah menentang Brunei. Perlawanan berkenaan di Stadium Shah Alam, sepak mula jam 8.45 malam pada 14 Ogos ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN