Penyokong Tegar Brighton Ini Teruja Kembali Ke EPL, Kongsi Pengalaman Pahit Manis

Dot Purvis tidak menyangka yang beliau akan menyaksikan Brighton beraksi di liga utama sekali lagi. Purvis adalah penyokong setia Brighton yang sudah pun berusia 83 tahun.

Kali terakhir Purvis menyaksikan Brighton beraksi di liga tertinggi adalah pada 34 tahun yang lalu. Pintu rumahnya sudah lama dipasang dengan logo Seagull dan rumahnya dicat dengan warna kelab tanda cintanya kepada kelab tersebut.

“Rasanya, saya telah menyokong pasukan ini sepanjang umur saya.”

Beliau jelas teruja dengan kembali menyaksikan pasukan kesayangannya beraksi dalam EPL dan sudah bersedia untuk ke stadium menyaksikan Brighton melayan kunjungan skuad Pep Guardiola.

“Ia masa yang mengujakan untuk semua Albion. Saya sentiasa percaya yang mereka akan melakukannya (bermain di EPL) suatu hari nanti. Pasukan ini berhak untuk berada di sana (EPL).”

Purvis berharap pasukan Brighton akan berjaya mencecah angka 37 mata secepat mungkin pada musim ini.

“Jika kami mendapat 37 mata, kami berkemungkinan besar akan kekal.”

Purvis berkongsi cerita beliau sepanjang menjadi penyokong Brighton. Antara pengalaman yang pahit dan manis adalah 20 tahun yang lalu, Brighton pernah hampir tersingkir ke Football League.

Namun mereka terselamat pada hari terakhir dengan menang ke atas Hereford. Pada 1997, beliau menyaksikan kelab tersebut berhadapan dengan isu pengurusan yang teruk (mismanage).

Stadium milik mereka, Goldstone Ground telah dijual oleh pemilik kelab. Mereka kehilangan ‘rumah’ kesayangan mereka.

“Selama 14 tahun kami tiada stadium sendiri. Kami membawa muka malu kerana terpaksa menumpang di stadium lain yang berada 70 batu jauhnya di Gillingham.”

“2 tahun bermain di sana, kelab ini kemudian berpindah ke Withdean stadium, bekas tapak zoo yang dibangunkan menjadi stadium olahraga. Tempat yang teruk.”

“Mujurlah pada 2009, peminat sejati pasukan ini, Dick Knight mengambil alih dan menstabilkan semula ‘kapal’ kami.”

“Tahun berikutnya, anak jati bandar Brighton, Tony Bloom (jutawan kasino) telah berjaya mengumpul kekayaan dan mengambil alih kelab ini.”

“Beliau telah melabur lebih £250m untuk pasukan tersebut dengan membina stadium (Amex Stadium), fasiliti, dan pelbagai lagi pembaharuan.”

Purvis telah masih ada sentimen Goldstone dalam dirinya.

“Dalam banyak-banyak tempat Brighton bermain, atmosfera di Goldstone adalah yang terbaik. Gillingham stadium yang lebih cantik tetapi kami menyewa di sana. Dan Witdean? Sesuai untuk menternak itik.”

“Selepas itu kami berpindah ke Stadium Amex, ia stadium yang cantik.”

Sumber

The Guardian – https://www.theguardian.com/football/2017/aug/11/brighton-and-hove-albion-seagulls-fans-get-ready-for-top-flight

Leave a Reply