RASMI: Kecewa Tak Dapat Kalidou Koulibaly, City ‘Cilok’ Bek Benfica, Ruben Dias

Ruben Dias Manchester City 2020

Pertahanan tengah Benfica, Ruben Dias sah menjadi rekrut terbaharu Manchester City menjelang penutupan jendela perpindahan pemain tidak lama lagi.

Kenapa Manchester City dan Pep Guardiola mendapatkannya? Mungkin atas faktor pertahanan yang kurang ampuh dan kegagalan mereka untuk memancing Kalidou Koulibaly keluar daripada Napoli membolehkan transaksi ini dijayakan oleh mereka.

Siapa Ruben Dias?

Pada usianya 21 tahun, beliau telah bersama skuad Portugal di Piala Dunia 2018 selepas melalui musim pertama yang baik bersama Benfica. Mereka menamatkan musim di kedudukan kedua liga, tujuh mata di belakang juara Primeira Liga, Porto.

Walaupun tidak beraksi dalam mana-mana perlawanan di Piala Dunia ketika itu, beliau kini telah membuat 19 penampilan bersama Portugal. Pengendali Braga, Carlos Carvalhal dipetik berkata kepada BBC, Ruben Dias adalah seorang pemain yang kuat.

Bukan sahaja kuat, beliau juga adalah seorang ketua di dalam padang, seimbang dan juga memberikan 100 peratus fokus ketika bermain. “Sebab itulah, pada usianya 19, 20 tahun, dia sudah dapat bermain bersama skuad utama Benfica,” tegas Carvalhal.

Tetapi, adakah beliau penyelesaian kepada masalah di benteng Manchester City? Pada Ahad lalu mereka tumbang 2-5 kepada Leicester City – dengan Pep Guardiola telah membelanjakan £410 juta untuk mengukuhkan bentengnya sejak bersama City.

Pep telah melengkapkan gandingan bek tengahnya

Walaupun sering dikaitkan dengan Arsenal, akhirnya Ruben Dias telah merealisasikan perpindahannya ke Premier League untuk bersama mentor Arteta, Pep Guardiola. Jika Nathan Ake adalah bek tengah kiri, beliau pula merupakan bek tengah kanan.

Nathan Ake juga merupakan rekrut terbaharu Manchester City musim ini untuk mengukuhkan benteng The Citizens dengan nilai perpindahan sebanyak £41 juta. Jadi, secara umumnya, Pep Guardiola sudah melengkapkan gandingan bek tengahnya.

Pengarah bola sepak Manchester City, Txiki Begiristain berkata, “Ruben adalah seorang pemain yang telah kita ikuti selama beberapa ketika dan dia juga telah melalui perkembangan yang baik bersama Benfica. Dia telah menjadi seorang pemimpin.”

“Sebagai seorang pertahanan, dia memiliki ciri-ciri yang kami mahukan, seorang yang baik di udara, baik ketika berdepan situasi satu lawan satu dan secara teknikal, dia adalah seorang pemain yang bagus. Dia akan berjaya dengan sistem kami,” jelasnya.

Digambarkan sebagai pengganti Vincent Kompany

Apabila dikatakan memiliki ciri-ciri seorang ketua, semua mata tertumpu kepada bekas kapten Manchester City yang masih belum ditemui penggantinya, Vincent Kompany.

Sudah menjadi keutamaan pengendali asal Sepanyol itu selepas kehilangan Kompany pada Mei 2019 adalah mencari penggantinya. Dan kegagalan mendapatkan pengganti setara menyebabkan mereka gagal bersaing dengan Liverpool musim lalu.

Musim lalu, Manchester City menamatkan musim di kedudukan kedua, 18 mata di belakang Liverpool. Dan permulaan musim ini juga nampaknya kurang memihak kepada mereka dengan tumpas 2-5 kepada Leicester City pada Ahad lalu.

Ia merupakan kali pertama beliau tewas dengan lima gol dalam 686 perlawanan yang dilaluinya sebagai pengurus selain kali pertama juga buat The Citizens melepas lima gol di gelanggang sendiri selepas 438 perlawanan. Sangat memedihkan!

Penutup

Adakah Ruben Dias adalah jawapan kepada benteng rapuh Manchester City? Mungkin beliau bukanlah bek tengah yang sudah lengkap seperti Kalidou Koulibaly, tetapi mungkin dengan usia yang masih muda, beliau boleh menjadi lebih baik daripada itu.

Bagaimana penyokong Manchester City melihat transaksi pemain ini? £65 juta untuknya, adakah ianya berbaloi selepas membelanjakan £410 juta sebelum ini?

KREDIT FEATURED IMAGE: MANCHESTER CITY

Baca lagi artikel mengenai Ruben Dias dan City:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN