Satu permulaan yang baik buat penyerang, Dominic Calvert-Lewin di Everton musim ini. Dalam tiga penampilan, beliau sudah meledak lima gol buat The Toffees.
Sebelum ini, walaupun telah menyertai Everton sejak musim 2016/17, beliau boleh dikatakan tidak menjaringkan gol secukupnya sebagai seorang penyerang. Namun, segalanya seakan-akan berubah 360 darjah bermula pada saingan musim 2020/21.
Apa kata Carlo Ancelotti tentangnya?
Mengikut kepada statistik, sebelum era Carlo Ancelotti, Calvert-Lewin hanya meledak 16 gol daripada 94 penampilannya bersama Everton – satu gol dalam 309 minit. Dan sejak skuad itu dikendalikan Ancelotti, ianya mengalami peningkatan mendadak.
Penyerang berusia 23 tahun itu telah menghasilkan 13 gol daripada 23 perlawanan – satu gol dalam 148 minit. Ianya sangat bagus untuk karier penyerang yang masih muda itu. Ancelotti sudah menemui penyerang utamanya untuk musim ini?
🔝 | "Dominic is a very important player for us and for the future of Everton. He has all the attributes to become one of the best strikers in England and in Europe."
— Everton (@Everton) March 6, 2020
And @MrAncelotti has worked with plenty of good strikers! 💪
“Dominic memiliki segala kebolehan untuk menjadi penyerang berbahaya di England dan juga Eropah. Dia pantas, memiliki skil-skil yang sangat baik, kuat di udara dan bekerja keras untuk pasukan. Dia juga memiliki mentaliti yang bagus,” ujar Ancelotti.
Tambahnya lagi mengenai penyerang itu, “Selain itu, sejak saya datang ke pasukan ini, keinginannya untuk menjadi pemain yang lebih baik telah mengagumkan saya.”
Ditambah baik dengan kehadiran James Rodriguez
Ancelotti sememangnya mempercayai kemampuan Calvert-Lewin. Mengapa begitu? Walaupun hanya meledak lima gol dalam 16 penampilan sebelum kehadirannya, Ancelotti tidak mengubah gandingan pemain itu bersama Richarlison.
Perubahan yang dilakukannya hanyalah membawa masuk pemain yang dipercayainya mampu melonjak pasukan iaitu James Rodriguez yang tampak tersisih di Real Madrid. Kemasukkannya telah mengubah senario di jentera serangan Everton setakat ini.
So far in the Premier League:
— Squawka (@Squawka) September 26, 2020
🔵 Allan has made the third-most tackles
🔵 James Rodríguez has created the most chances
🔵 Dominic Calvert-Lewin has scored the most goals
Everton have the most wins. https://t.co/DrpyA7dPks
Pemain yang dijual pada nilai hanya £12 juta membentuk rangkaian tiga serangan di hadapan bersama Calvert-Lewin dan Richarlison. Apa yang dilakukan oleh pengendali asal Itali itu adalah hanya menolak Calvert-Lewin menjadi penyerang tunggal.
Beliau dilihat dibantu oleh Richarlison di sebelah kiri dan Rodriguez di sebelah kanan. Beliau juga adakalanya menjadi sasaran hantaran jauh untuk melakukan sentuhan mudah bagi membuka ruang kepada kedua-dua pemain itu mara ke depan.
Kelebihan Calvert-Lewin yang dimanfaatkan Ancelotti
Kemampuanya untuk memenangi perebutan bola di udara tidak boleh disangkal lagi. Ancelotti turut berkata tentang hal tersebut. Biarpun hanya berketinggian 6 kaki 2 inci, pertahanan lawan tidak mudah untuk mengatasinya, satu aspek menariknya.
Oleh itu, jika beliau menerima hantaran jauh terus kepadanya – salah satunya mungkin daripada penjaga gol, Jordan Pickford, sama ada Rodriguez ataupun Richarlison, mereka akan memulakan larian untuk mendapatkan bola yang disentuhnya.
No player has scored more headed goals than @CalvertLewin14 in the PL since the start of 19-20. In terms of aerial ability, he is already elite ⚽️
— Patrick Boyland (@Paddy_Boyland) September 26, 2020
Ancelotti, a biomechanics expert & Bob Latchford explain what makes the #EFC striker so good in the air https://t.co/bVqhvVjnTB
Di Premier League, Calvert-Lewin merupakan antara penyerang yang efektif di udara. Memiliki daya lompatan yang baik, beliau adalah penyerang ke-4 terbanyak meledak gol menerusi tandukkan dan ke-4 terbanyak menang perebutan bola di udara.
Selain itu, kemampuannya meledak gol jika mendapat ruang di dalam kotak penalti juga sangat baik. Menurut Ancelotti, sentuhan beliau telah banyak meningkat di kawasan tersebut. Dan ianya hasil kerja keras mereka berdua untuk memperbaikinya.
Cipta Filippo Inzaghi yang baharu di Everton?
Kata Calvert-Lewin, “Setiap hari Ancelotti akan membantu saya mengenai aspek sentuhan penyudah saya dan untuk berada di posisi yang tepat di dalam kotak penalti. Saya sangat gembira melihat apa yang saya berlatih menjadi di dalam padang.”
Adakah Ancelotti sedang membentuknya untuk menjadi seorang penyerang berbisa? Di AC Milan satu ketika dahulu, beliau memiliki penyerang berbisa iaitu Filippo Inzaghi.
“I had a fantastic striker in Inzaghi, who scored 300 goals & 210 with one touch. A striker has to be focused in the box" – Carlo Ancelotti
— Keepitonthedeck (@Keepitonthedeck) September 25, 2020
Great message for forwards. Do your work & damage in & around the box. Get into to positions to get shots off early! Be clinical. pic.twitter.com/mz6vqgThUv
Menurutnya, di AC Milan, beliau bertuah memiliki penyerang yang memiliki sentuhan pemusnah seperti Inzaghi yang dalam 300 jaringannya, 210 adalah hanya menerusi satu sentuhan. “Penyerang mestilah fokus di dalam kotak penalti,” tegasnya.
“Dan saya rasa Calvert-Lewin sangat memahaminya, kerana dia memiliki kepantasan, bagus di udara dan memiliki kekuatan dalam penyudah. Dia masih muda dan sedang berkembang dengan sangat baik,” jelas Ancelotti lagi mengenai penyerang itu.
Penutup
Sebagai pemain yang pernah bermain di posisi tengah ketika permulaan kariernya, Calvert-Lewin memiliki kawalan bola, visi dan hantaran bola yang baik. Ditambah pula dengan kepantasan dan kemampuannya di udara, beliau dilihat sangat berbahaya.
Jika gandingan tiga serangkai itu dikekalkan dan mampu berkekalan – tidak cedera atau digantung perlawanan, mungkin Calvert-Lewin mampu meledak lebih banyak gol lagi buat Everton. Mereka adalah gandingan yang sangat ampuh setakat ini.
KREDIT FEATURED IMAGE: GETTY IMAGES