Badan pengadil Premier League, Professional Game Match Officials Board (PGMOL) memberi penjelasan mengapa pengadil Chris Kavanagh membatalkan gol Dominic Calvert-Lewin ketika menentang Manchester United semalam.
Everton diikat seri 1-1 oleh Manchester United dalam perlawanan Premier League semalam. Gol Everton dijaringkan oleh Dominic Calvert-Lewin pada awal separuh masa pertama. Bruno Fernandes kemudiannya menayamakan kedudukan ketika separuh masa pertama berbaki 14 minit.
Dalam insiden tersebut, Dominic Calvert-Lewin nampak seperti sudah menjaringkan gol kemenangan Everton pada masa tambahan separuh masa kedua dalam aksi Premier League di Goodison Park semalam. Insiden tersebut boleh dilihat dalam video di bawah:
Pengadil Chris Kavanagh pada mulanya membenarkan gol tersebut. Tetapi komunikasi dengan pengadil VAR membuatkan beliau membuat keputusan untuk memeriksa semula keputusannya. Hasil pemeriksaan VAR, gol Calvert-Lewin itu kemudiannya dibatalkan.
Insiden tersebut nyata membuatkan pengurus Everton Carlo Ancelotti berang sehingga dilayangkan kad merah selepas perlawanan. Ancelotti besar kemungkinan akan dihukum denda dan larangan berada di kawasan teknikal dalam perlawanan Premier League akan datang.
Penjelasan PGMOL
Susulan insiden tersebut, PGMOL memberikan penjelasan mengapa gol Calver-Lewin itu dibatalkan:
“Pada minit ke-91 perlawanan Everton v Manchester United, gol Dominic Calvert-Lewin telah dibatalkan selepas diperiksa oleh VAR atas kesalahan ofsaid yang dilakukan oleh Gylfi Sigurdsson.
“Keputusan pada mulanya adalah untuk memberikan gol tersebut. Tetapi VAR menasihatkan pengadil bahawa Sigurdsson berada di kedudukan ofsaid yang menganggu penglihatan David de Gea dan melakukan perbuatan yang menganggu kebolehan de Gea untuk menyelamatkan percubaan.”
PGMOL clarification on the disallowed Dominic Calvert-Lewin goal at the end of #EFC v #MUFC pic.twitter.com/KJx0OEcr2V
— Simon Peach (@SimonPeach) March 1, 2020
Berdasarkan penjelasan PGMOL ini, pengadil VAR berpendapat kedudukan Sigurdsson yang berada betul-betul di tengah laluan bola sebelum masuk ke gawang gol membuatkan gol tersebut dibatalkan – walaupun bola terbias dari kaki Harry Maguire.
Reaksi di media sosial
Keputusan pengadil ini mendapat reaksi yang berbeza-beza daripada peminat.
Ada yang menyokong keputusan pengadil. Mereka berpendapat apabila Sigurdsson mengangkat kakinya untuk mengelak bola, ia jelas menunjukkan pemain tengah Everton itu melakukan perbuatan yang menganggu kebolehan de Gea untuk menyelamatkan percubaan Calvert-Lewin.
The fact the player had to move otherwise the ball clearly hits him, is clear and obvious he is interfering with play.
— Paul Govier (@paulgovier) March 1, 2020
Spot on…sat on floor in 6yd bix in front of keeper..flapping legs around..
— Tricky Nicky (@GuzzleMyGristle) March 1, 2020
Ada juga peminat yang tak bersetuju. Mereka berpendapat apabila Sigurdsson dalam keadaan duduk, tak mungkin penglihatan de Gea terganggu untuk menyelamatkan percubaan.
What obvious action does Sigurdsson make when the ball is played that impacted the keepers ability or make a save?
— Wizbit (@MrWizbit) March 1, 2020
How is Sigurdsson “directly” in De Gea’s line of sight when he is on the floor and the keeper moves to save the initial shot?
Asking for 40,000 friends…
Mereka juga berpendapat de Gea tak dapat meyelamatkan bola tersebut bukan kerana kedudukan Sigurdsson. Sebaliknya kerana bola terbias dari kaki Maguire.
Siggurdson was not interfering with play. He qas suiting on the ground, his body to the right of de Gea's line of sight, notwithstanding De Gea's standing up, so his eye level was well above Siggurdson's body. Disgraceful decision by VAR, but then it was against Manure.
— Jon Baker (@VectisIW) March 1, 2020
Apa pula pandangan anda? Patutkah gol Calvert-Lewin dibatalkan?