Perang Mulut Mourinho – Lampard Warnai Penyingkiran Chelsea

Mourinho Lampard Chelsea Tottenham Carabao Cup 2020

Tottenham mara ke suku akhir Carabao Cup selepas menang ke atas Chelsea, tetapi perang mulut antara Jose Mourinho dan Frank Lampard paling mencuri tumpuan.

Terikat 1-1 dalam masa sebenar, Tottenham menewaskan Chelsea 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti di mana, pemain tengah, Mason Mount gagal menyumbat sepakan terakhir buat The Blues untuk menjadi lapan pasukan terbaik kejohanan.

Semua tentang perlawanan dengan West Brom

Kedua-duanya pernah bekerjasama ketika Lampard bermain di Chelsea dan tentunya mereka memiliki hubungan yang baik, namun insiden perang mulut antara keduanya di tepi padang dalam perlawanan itu mempamerkan sisi lain hubungan mereka.

Untuk rekod pertembungan sebagai pengurus pasukan, Lampard memiliki kelebihan ke atas bekas gurunya itu, dengan meraih tiga kemenangan dalam tiga pertembungan. Apakah yang menjadi punca mereka bergaduh di tepi padang semalam?

Menurut laporan talkSPORT, Mourinho menempelak Lampard berkaitan perlawanan Chelsea menentang West Brom tempohari. Katanya, “F***ing hell Lampard, kau tak berdiri di sini [touchline] pun masa ketinggalan 0-3 [West Brom] hari itu.”

Dalam perlawanan tersebut, Lampard menghabiskan babak pertama dengan berada di bangku simpanan dan termenung melihat aksi pemainnya dan kemudian hanya dilihat mengendalikan pasukan selepas mereka mempamerkan kebangkitan.

‘Pemain perlukan kita ketika mereka ketinggalan’

Ditanya media selepas perlawanan, Mourinho berkata yang beliau hanya menasihati bekas anak didiknya itu mengenai pengurusan pasukan. Perkataan yang diungkapkan ketika itu tidak mencerminkan sepenuhnya hubungan antara mereka berdua.

“Berkaitan dengan Frank, apa yang paling penting adalah perasaan saya terhadapnya berbanding apa yang kami ‘luahkan’ antara kami [sebentar tadi],” ujar Mourinho.

“Saya berhutang banyak dengannya, dia sentiasa berikan yang terbaik sebagai pemain dan saya tidak pernah lupakannya. Satu-satunya perkara yang saya telah ungkapkan kepadanya adalah pandangan pengendali tua kepada pengendali muda berbakat.

“Pemain memerlukan kita ketika mereka sedang kalah [ketinggalan]. Kita perlu berada di sana [touchline] ketika mereka sedang kalah. Dalam perlawanan sebelum ini, ketika ketinggalan 3-0, dia nampak sedih dan duduk diam di kerusinya,” tambahnya lagi.

Penutup

Katanya, “Ini hanya pendapat saya, beradalah di touchline ketika pasukan kita sedang kalah [ketinggalan] dan bertenang ketika pasukan kita sedang menang [mendahului].”

Nampaknya, Mourinho masih belum berhenti menjadi guru buat Lampard biarpun kini mereka bersaing sebagai pengurus pasukan. Itulah tanda kasihnya seorang guru kepada anak didiknya. Bagaimana pula pandangan Lampard tentang perkara ini?

KREDIT FEATURED IMAGE: REX FEATURES

Baca lagi artikel mengenai Mourinho dan Lampard:

Leave a Reply