Pemain Muda Amerika Syarikat (AS), Weston McKennie telah sah menyertai Juventus secara pinjaman selama semusim dari kelab Jerman, Shcalke 04 dengan pilihan pembelian secara tetap pada penghujung musim ini.
Pemain berusia 22 tahun itu diterbangkan ke Itali untuk menjalani pemeriksaan perubatan pada awal minggu ini dan akan menjadi pengganti kepada Blaise Matuidi yang telah menyertai kelab AS, Inter Miami baru-baru ini.
Juventus mengesahkan pihaknya telah menjelaskan pembayaran €4.5 juta untuk melengkapkan pinjaman tersebut dan perlu membayar €18.5 juta jika mahu membelinya selepas ini dan €7 juta lagi adalah bonus tambahan bergantung kepada pencapaiannya untuk musim 2020/21 ini.
Juventus officially signed USMNT's Weston McKennie ⚫️⚪️ @brfootball pic.twitter.com/2eH2FrgYNV
— Bleacher Report (@BleacherReport) August 29, 2020
Dilahirkan di Little Elm, Texas, McKennie memulakan kariernya di FC Dallas sebelum berhijrah ke Schalke pada 2016. Beliau membuat penampilan pertama untuk skuad utama ketika berusia 18 tahun pada Mei 2017.
Perkembangan pesatnya di Bundesliga menjadikan beliau salah seorang watak penting buat skuad kebangsaan AS dan telah mengumpul 19 kaps di peringkat antarabangsa. Malah beliau pernah diberi kepercayaan untuk menyarung lilitan kapten untuk pasukan negaranya ketika berusia 20 tahun.
Pengurus baharu Bianconeri, Andrea Pirlo ternyata gembira apabila berjaya mendapatkan pemain muda tersebut bagi mengukuhkan pasukan untuk mengharungi musim pertamanya di Turin memandangkan beliau telah pun kehilangan Matuidi dan Miralem Pjanic.
McKennie: “ Dream come true.” #WelcomeWeston #ForzaJuve
— Juventus Football News (@JuventusJFN) August 30, 2020
pic.twitter.com/F5RytfXMBt
Masa depan Sami Khedira dan Aaron Ramsey juga masih samar, namun bahagian tengah Juventus kini boleh dikatakan ‘lengkap’ dengan kehadiran McKennie dan Arthur Melo. Malah Pirlo juga masih ada Adrian Rabiot dan Rodrigo Bentancur.
McKennie sebelum ini pernah mencuri perhatian apabila menyertai solidariti para atlit dalam membantah keganasan dan kematian lelaki berkulit hitam, George Floyd di Minneapolis.
Pemain berusia 21 tahun itu memakai lilitan pada lengannya yang terkandung mesej “Keadilan Untuk George” ketika perlawanan Bundesliga di antara pasukannya dengan Werder Bremen pada Sabtu.
Kredit Foto: Juventus
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Weston McKennie dan Juventus.