Aidil Sharin Puji Impak Perubahan Peranan Kipre Tchetche

Kipre Tchetche Kedah PDRM Liga Super 2020 1

Ia mungkin satu kemenangan yang baik, menewaskan PDRM 2-0 selepas pelbagai dugaan sepanjang liga tertangguh dan impak Kipre Tchetche dipuji Aidil Sharin.

Perubahan posisi dan peranan pemain selain masalah tunggakan gaji, namun ianya tidak merencatkan persembahan anak buahnya dalam memburu tiga mata penuh. Paling penting, Kedah tidak melepaskan sebarang gol buat lawan.

Kipre Tchetche main posisi lain

Kipre Tchetche yang diberikan posisi dan peranan berbeza pada malam ini berjaya meledak dua gol penting buat Kedah untuk merekodkan kemenangan kedua berturut-turut – menang ke atas Selangor, juga dengan keputusan yang sama.

Beraksi di sayap kiri, Kipre Tchetche tidak kekok membantu jentera serangan malah turun ke benteng, penyerang asal Ivory Coast itu melengkapkan malam terbaiknya dengan dua gol peribadi – ketiga dalam saingan liga.

Kipre Tchetche Kpah Sherman Kedah PDRM Liga Super 2020
Kipre Tchetche meraikan jaringannya bersama Kpah Sherman. FOTO: Kedah FA

Dalam sidang media, Aidil Sharin berpuas hati dengan sumbangannya, “Saya amat gembira dengan persembahan Kipre Tchetche kerana hari ini dia bermain peranan lain. Dia tidak bermain sebagai nombor 9, hari ini saya letakkannya di sebelah kiri.”

“Kami buat perubahan disebabkan kami mahu sesuatu yang berbeza dan Tchetche melakukannya dengan sangat baik apabila meledak dua gol. Saya rasa, rakan-rakan sepasukan telah membantunya pada malam ini,” tambah Aidil Sharin.

Malam yang istimewa

Selain Kipre Tchetche, pertahanan kanan, Norfiqrie Talib diberikan posisi yang ditinggalkan Azmeer Yusof selain Zulkhairi Zulkeply yang bertindak cemerlang di bek tengah, bergandingan bersama Irfan Zakaria selepas Renan Alves tercedera.

Ia merupakan debut Zulkhairi Zulkeply untuk Kedah, namun dilihat bermain dengan sangat baik terutamanya di babak kedua ketika PDRM menguasai hampir keseluruhan aksi. Renan Alves yang cedera telah dikeluarkan pada minit ke-35.

Zulkhairi Zulkeply Kedah PDRM Liga Super 2020
FOTO: Kedah FA

Mengulas mengenai kecederaan Renan Alves, pengendali asal Singapura itu berharap ianya tidak begitu serius dan pertahanan kental itu akan dapat kembali menguatkan pasukan segera. Ujarnya, “Kita akan lihat semula keadaan mereka.”

“Apa yang istimewanya adalah kita menang dan tidak melepaskan sebarang gol dalam dua perlawanan berturut-turut, Shakir [Hamzah] pula digantung dan Norfiqrie bermain di posisi lain. Apa yang penting adalah tiga mata,” jelas Aidil Sharin.

Penutup

Disebalik dugaan, bagi Aidil Sharin, beliau sangat berpuas hati dengan persembahan semua pemainnya apabila berjaya mencapai objektif tiga mata pada malam ini walaupun selepas tidak beraksi secara kompetitif selama lebih lima bulan.

Kemenangan tersebut membantu Kedah melonjak ke kedudukan ke-4 Liga Super, satu mata dibelakang Perak dan enam mata di belakang pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT). Kedah akan menanti kunjungan PJ City FC pada minggu hadapan.

KREDIT FEATURED IMAGE: Kedah FA

Baca lagi artikel lain mengenai Kedah FA:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN