Capello: Raul Jimenez Mampu Jadi ‘Benzema’ Buat Ronaldo Di Juventus

Raul Jimenez

Bekas pengurus Juventus, Fabio Capello menggesa supaya kelab gergasi Itali itu membawa masuk penyerang Wolverhampton Wanderers, Raul Jimenez bagi menghadapi musim baharu nanti.

Hal ini kerana Capello merasakan penyerang kelahiran Mexico itu memiliki kirteria terbaik serta mampu untuk membentuk gandingan mantap bersama bintang Juventus, Cristiano Ronaldo di jentera serangan.

Menikmati dua musim yang hebat di saingan Liga Perdana Inggeris, Jimenez berjaya menjadi sandaran utama Wolves dalam membantu kelab tersebut menamatkan saingan bagi kedua-dua musim di tempat ketujuh liga.

Bagaimanapun, Wolves terlepas peluang untuk melayakkan diri sekali lagi ke kempen Liga Europa selepas Arsenal merampas slot tersebut susulan kejayaan The Gunners muncul juara Piala FA musim ini.

Aksi menariknya bersama Wolves sudah pasti menarik minat kelab-kelab besar dan Capello merasakan Jimenez mampu untuk memainkan peranan penting seperti Karim Benzema yang mana menjadi gandingan hebat Ronaldo sewaktu di Real Madrid.

”Dia merupakan pemain hebat yang mempunyai banyak bakat, seorang yang ideal untuk digandingkan dengan Ronaldo,” ujar Capello menurut laporan Goal.

”Kerana Cristiano telah kehilangan [Karim] Benzema di Juventus, itu [penggantinya] mungkin Raul,”

Jimenez yang pada mulanya dipinjamkan dari Benfica pada musim 2018/19 telah menyertai Wolves secara tetap bagi menghadapi kempen 2019/20. Sepanjang dua musim bersama Wolves, beliau telah menjaringkan 44 gol pada 99 penampilannya dalam semua pertandingan.

Dengan kegagalan Wolves melayakkan diri ke saingan Eropah musim hadapan, tidak mustahil kita akan melihat Jimenez menyarung jersi pasukan lain terutamanya kelab-kelab ternama dunia.

Sebelum ini beliau secara berseloroh menyatakan bahawa tidak akan teragak-agak untuk berhijrah sekiranya beliau mendapat tawaran daripada Real Madrid atau Barcelona.

Kredit featured image: Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Raul Jimenez:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN