Raul Jimenez: Misi Utama Saya Bawa Wolves Ke UCL

Raul Jimenez

Penyerang Wolverhampton Wanderers, Raul Jimenez mengakui misi utamanya pada ketika ini adalah untuk membawa kelabnya melayakkan diri ke kempen Liga Juara-Juara Eropah (UCL) walaupun sering dikaitkan dengan beberapa pasukan di Eropah.

Pemain kelahiran Tepeji, Mexico itu juga mengatakan beliau akan ‘tergoda’ sekiranya mendapat tawaran daripada kelab gergasi Eropah seperti Real Madrid dan Barcelona.

Saingan La Liga bukanlah asing bagi pemain kelahiran Tepeji, Mexico itu kerana beliau pernah menyarung jersi Atletico Madrid pada musim 2014/15.

Namun, Atletico Madrid yang ketika itu memiliki Antoine Griezmann dan Fernando Torres menyebabkan Jimenez kurang menikmati minit perlawanan yang diharapkan sehingga memaksa beliau untuk melangkah pergi ke Benfica hanya selepas semusim berada di Sepanyol.

”Saya mengetahui [mengenai gosip perpindahan] melalui media sosial.”

”Mereka telah mengaitkan saya dengan Real Madrid, Chelsea, Manchester United, Arsenal dan setiap hari ada sahaja pasukan baru yang mahukan saya,” ujar Jimenez menerusi laporan dikeluarkan Goal.

Embed from Getty Images

”Saya perlu untuk bertenang. Jika mereka bercakap tentang saya, ia adalah kerana saya telah melakukan tugasan [beraksi] dengan baik.”

”Saya mahu terus kekal di England. Saya gembira, dapat menyesuaikan diri dan menyukai idea [untuk terus kekal di saingan Liga Perdana Inggeris].”

”Jika esok terdapat tawaran daripada Real Madrid atau Barcelona yang datang, jelas bahawa anda tidak boleh membiarkan peluang seperti itu berlalu pergi.”

”Tetapi, jika saya kekal di sini, saya akan berjuang untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah, itu adalah perkara penting,” ujar Jimenez lagi.

”Bersaing untuk merebut kejuaraan liga memang nampak sukar tetapi kami kini di pusingan 16 Liga Europa. Saya merasakan yang saya telah membuat keputusan tepat untuk datang ke sini dan saya tidak menyesalinya.”

Jimenez menikmati musim yang memberangsangkan apabila meledakkan 22 jaringan dalam semua pertandingan disertai Wolves pada musim ini.

Wolves juga berada di landasan tepat untuk merebut slot ke UCL apabila sedang menduduki tangga keenam selepas mengharungi 28 perlawanan dengan 43 mata. Hanya kekurangan dua mata di belakang Manchester United di tempat kelima dan lima mata di belakang Chelsea.

Kredit featured image: Bryn Lennon/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Raul Jimenez:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN