United Mahu Jimenez, Namun Mendapat Persaingan Kuat

Manchester United mahu Jimenez menyertai mereka. Spekulasi itu menjadi semakin kuat apabila Nuno Espirito sendiri memberikan bayangan bahawa pemain itu mungkin akan pergi pada Januari ini.

United terdesak mahu menambahkan kualiti di bahagian serangan mereka pada ketika ini.

Raul Jimenez dilihat sebagai sasaran yang realistik oleh Ole Gunnar Solskjaer untuk dibawa masuk ke Old Trafford.

https://twitter.com/DevilsOfUnited/status/1213807359484665857

Pemain berusia 28 tahun, Raul Jimenez, terus menunjukkan prestasi cemerlang beliau untuk Wolves sejak menyertai kelab tersebut.

Dalam aksi menentang United baru – baru ini dalam aksi piala FA , Jimenez masuk sebagai pemain gantian. Beliau terus memberikan impak yang kuat.

Namun United tidak akan membayar murah untuk pemain tersebut.

Ini gara-gara komen oleh Nuno Espirito Santo yang terbuka menyatakan, tidak menolak kemungkinan pemain itu akan dilepaskan pada Januari jika kena pada tawarannya.

Perkara itu telah menarik perhatian Manchester City. Di mana, Pep Guardiola musim ini agak pening dengan isu kecergasan Sergio Aguero.

Jimenez dilihat sebagai calon terbaik untuk menjadi ‘back – up’ kepada pemain tersebut.

Kedua – dua pasukan dilaporkan sudah menghubungi Wolves untuk mendapatkan butiran tentang tanda harga pemain itu.

Wolves meminta £60 juta + pemain mereka.

https://twitter.com/FutbolBible/status/1213716762081935360

Hal ini kerana Januari merupakan jendela perpindahan yang sangat sukar untuk mendapatkan pemain.

Tanda harga itu agak tinggi kerana United dilaporkan meletakkan harga sekitar £51 juta untuk pemain itu.

Manchester City yakin mereka akan dapat menewaskan United dalam usaha menandatangani pemain tersebut. Ini kerana City hampir pasti akan bermain di UCL musim hadapan, jika tidak ada kejutan yang drastik berlaku.

United pula bergelut untuk menempatkan diri di dalam 4 tempat teratas. Namun mereka dilihat dapat memberikan Jimenez peluang lebih cerah untuk beraksi di kesebelasan utama.

Ini mungkin akan membuatkan pemain seperti Mason Greenwood tidak akan mendapat banyak minit pula selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN