Raul Jimenez: Wolves Mampu Akhiri Saingan Di Kelompok Empat Terbaik

Raul Jimenez

Penyerang Wolverhampton Wanderers, Raul Jimenez melaungkan keyakinan bahawa pasukannya mampu untuk menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) 2019/20 di kelompok empat pasukan terbaik.

Pemain kelahiran Tepeji, Mexico itu juga percaya Wolves sudah bersedia untuk merebut kedudukan yang bakal menawarkan slot ke Liga Juara-Juara Eropah sekiranya saingan EPL kembali bersambung.

Selepas mengharungi 29 perlawanan liga, Wolves yang dibimbing pengendali dari Portugal, Nuno Espirito Santo menduduki tangga keenam selepas mengumpul 45 mata hasil 10 kemenangan, 13 keputusan seri dan enam kekalahan dialami.

Ini bermakna Wolves hanya ketinggalan dua mata dibelakang Manchester United yang menduduki tangga kelima.

”Ia sesuatu yang besar buat pasukan yang dinaikkan pangkat [dua tahun yang lalu] dan ini hanya merupakan musim kedua kami dalam saingan Liga Perdana Inggeris.”

”Kami tahu bahawa kami mampu untuk melakukannya. Kami boleh berjuang untuk mendapatkannya dan saya tidak merasakan kami akan kecewa jika kami tidak melakukannya tetapi sekarang kami boleh melihat apa yang kami boleh lakukan,” ujar Raul Jimenez menurut laporan Goal.

”Sesuatu yang luar biasa dapat menjadi sebahagian daripada pasukan ini, sebahagian daripada keluarga ini, kami semua bekerja keras untuk mencapai apa yang disasarkan dan saya benar-benar menikmati permainan bersama rakan sepasukan.”

”Saya benar-benar menikmati musim ini, saya tahu ia masih belum berakhir dan kami juga tahu bahawa kami perlu untuk terus berjuang untuk mendapat tempat yang dimahukan,” jelas penyerang berusia 28 tahun itu lagi.

Sebelum saingan liga terpaksa dihentikan akibat penularan wabak COVID-19, Wolves melakarkan rekod lima perlawanan tanpa kalah dan turut berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir Liga Europa.

Kredit foto: Chloe Knott – Danehouse/Getty Images

Baca artikel yang lain daripada kami mengenai Wolverhampton Wanderers:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN