Quantcast

BERITA

Gold Cup: Penyerang Sensasi Wolverhampton, Raul Jimenez Sertai Skuad Mexico

17 gol dihasilkan dalam pertandingan peringkat domestik bersama Wolverhampton Wanderers menjadikan Raul Jimenez perhatian ramai. Pemain kelahiran Mexico ini telah menjaringkan 13 gol liga dan 4 gol Piala FA sepanjang kempen yang baru sahaja berakhir.

Tidak hairanlah beliau dipanggil untuk menyertai kem latihan Mexico bagi menghadapi pertandingan Gold Cup edisi 2019.

Penyerang hangat

WOLVERHAMPTON, ENGLAND – NOVEMBER 03: Raul Jimenez of Wolverhampton Wanderers celebrates after scoring a goal to make it 2-3 from a penalty kick during the Premier League match between Wolverhampton Wanderers and Tottenham Hotspur at Molineux on November 3, 2018. (Photo by Sam Bagnall – AMA/Getty Images)

Wolves akan menandatangani pemain ini secara tetap pada Julai ini. Sebelum ini, Wolves memanfaatkan khidmat Jimenez secara pinjaman dari Benfica.

Menurut Squawka, ada beberapa kelab lain daripada beberapa buah negara ingin mendapatkan khidmat Jimenez. Perkara itu telah dimaklumkan sendiri oleh bapa kepada pemain tersebut.

Penyerang berusia 28 tahun itu bagaimanapun selesa bersama kelab Inggeris itu. Wolves membayar yuran perpindahan sebanyak £34.2 juta untuk mendapatkan penyerang Mexico itu.

Ketajaman aksinya di hadapan gol lawan telah menjadi faktor utama Wolves mahu mengekalkannya di Molineux.

Siapa lagi dipanggil?

Tata Martino selaku ketua jurulatih skuad kebangsaan Mexico turut menyenaraikan beberapa pemain yang berpangkalan di Eropah. Antara yang terpilih ialah penjaga gol, Guillermo Ochoa yang beraksi untuk Standard Liege di Belgium.

Selain itu, pemain tengah Real Betis, Andres Guardado dan dua pemain PSV Eindhoven, Hirving Lozano dan Érick Gutiérrez juga turut dipanggil untuk menyertai kem latihan itu.

COLUMBUS, OH – MAY 08: Los Angeles Galaxy midfielder Jonathan dos Santos (8). (Photo by Jason Mowry/Icon Sportswire via Getty Images)

Martino turut memanggil majoriti pemain yang beraksi dengan kelab Liga Mexico. Bekas pemain Barcelona, Jonathan dos Santos yang kini bersama LA Galaxy turut bersama dalam kem latihan awal itu.

Diberitakan bahawa hanya tiga pemain yang beraksi di Major League Soccer disenaraikan pada kali ini termasuklah dos Santos.

Kempen Gold Cup

Mexico selaku juara 7 kali dan terbanyak Gold Cup akan memulakan kwmpwn di kejohanan ini dengan menentang Cuba dalam perlawanan Kumpulan A. Perlawanan tersebut dijadualkan pada 16 Jun nanti.

Kemudiannya pada 20 Jun, Mexico akan bertemu Kanada. 4 hari kemudiannya perlawanan penutup Kumpulan A akan menemukan Mexico dengan Martinique.

Adakah Mexico mampu menghadiahkan kejuaraan kelapan untuk rakyat negara tersebut? Jimenez dan rakan-rakan sudah pasti mahu mengecapinya.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!