Rashford Bakal Terima Anugerah Doktor Kehormat Universiti Manchester

Marcus Rashford Ijazah Doktor Kehormat

Penyerang Manchester United, Marcus Rashford bakal menjadi penerima anugerah Ijazah Doktor Kehormat dari Universiti Manchester kerana baktinya yang memperjuangkan nasib golongan kanak-kanak miskin.

Pemain antarabangsa England itu sebelum ini telah bekerjasama dengan FareShare, sebuah badan kebajikan di United Kingdom (UK) dalam membantu mengutip sumbangan sehingga £20 juta (RM107 juta) untuk menyediakan makanan percuma kepada golongan yang memerlukan sewaktu tempoh krisis pandemik.

Rashford itu turut memainkan peranan penting dalam menjalankan kempen untuk mendesak kerajaan UK agar meneruskan program pemberian makanan percuma kepada kanak-kanak dari keluarga miskin di sekolah-sekolah seluruh negara.

Dengan usaha murni tersebut, Rashford menerima pujian banyak pihak yang melihat beliau bukan hanya hebat di atas padang, tetapi turut memiliki watak hero di luar padang dan menjadikan beliau penerima anugerah doktor kehormat paling muda dalam sejarah.

Dalam satu kenyataan di laman web Manchester United, Rashford dengan rendah diri mengatakan anugerah tersebut bukanlah bermaksud beliau orang yang paling layak kerana di luar sana pihak-pihak lain yang turut menyumbang dan membantu usaha berkenaan.

“Ini adalah hari yang cukup membanggakan buat diri saya dan keluarga. Apabila kami melihat nama-nama yang pernah menerima anugerah doktor kehormat ini pada masa lalu, saya merasa sungguh kerdil,” ujar pemain berusia 22 tahun itu.

“Kita masih ada perjalanan yang panjang untuk terus memperjuangkan nasib kanak-kanak dari kelurga miskin di negara ini, tetapi berpeluang untuk menerima pengiktirafan dari bandar tempat saya membesar ini memberi petanda usaha ini berada di landasan yang betul dan memberi makna yang cukup besar.

“Terima kasih Universiti Manchester!”

Antara tokoh-tokoh lain dari Manchester United yang pernah menerima anugerah tersebut adalah dua legenda kelab, Sir Alex Ferguson dan Sir Bobby Charlton.

Presiden merangkap Naib Presiden Universiti Manchester, Professor Dame Nancy Rothwell dalam ucapannya berkata, Rashford merupakan seorang anak muda yang luar biasa dan berjiwa besar dan kehebatannya melangkaui padang bola sepak.

“Usahanya dalam membantu kerja-kerja kebajikan dan kempen yang dilaksanakannya bukan hanya membantu kanak-kanak di bandar Manchester, tetapi di seluruh negara.

“Universiti kami mempunyai tanggungjawab sosial untuk mengiktiraf sumbangannya dan menjadi kebanggaan kami untuk memberikan pengiktiragan ini kepada Marcus. Sebab itulah kami berbesar hari untuk menjadikan beliau penerima Ijazah Doktor Kehormat paling muda.”

Kredit Foto: Twitter JadeStamate

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Marcus Rashford:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN