Gary Neville: Trio Man Utd Hampiri Kehebatan Gandingan Liverpool

Gary Neville

Legenda Manchester United, Gary Neville menilai trio Anthony Martial, Marcus Rashford dan Mason Greenwood semakin menghampiri kehebatan gandingan Liverpool, Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino.

Kombinasi tiga pemain yang berumur di bawah 25 tahun itu telah berjaya menjaringkan 39 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini yang mana Rashford dan Martial masing-masing meledakkan 15 jaringan manakala Greenwood dengan sembilan gol.

Itu bermakna mereka hanya ketinggalan empat gol sahaja di belakang trio Salah, Mane dan Firmino. Salah kini menjaringkan 19 gol manakala Mane pula telah mencipta 16 jaringan dan Firmino dengan lapan gol.

Sehubungan dengan itu, Neville tampak begitu yakin dengan kemampuan sandaran utama di jentera serangan United dan beranggapan mereka semakin menghampiri kehebatan trio Liverpool.

”Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane sangat matang, dan mereka sudah terbukti kehebatannya sebagai trio terbaik dalam saingan LIga Perdana Inggeris.”

”Saya mengatakan tentang perkara ini walaupun ketika Manchester City memenangi saingan liga,” ujar Neville menurut laporan Goal.

”Tiga penyerang yang dimiliki oleh United masih belum mencapai tahap seperti dinikmati trio Liverpool, anda tidak akan menyangka mengenainya, tetapi mereka mempunyai bakat dan kemampuan.”

”Terdapat pertanyaan adakah Rashford dan Rashford cukup bagus serta Greenwood tidak muncul pada ketika itu, tetapi mereka telah membuktikan bahawa mereka sememangnya bagus, yang mana mereka boleh bermain dan akan menjadi lebih baik.”

”Trio serangan Liverpool berada di hadapan tetapi sangat menarik buat Manchester United. Sekiranya anda mempercayai pemain muda dan memberikan mereka peluang di posisi yang mereka ingin dimainkan, anda akan kagum dengan apa yang anda capai,” tambah Gary Neville lagi.

Kredit foto: Clive Mason/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Gary Neville:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN