Gary Neville: United Perlu Empat Lagi Pemain Seperti Bruno Fernandes

Gary Neville

Legenda Manchester United, Gary Neville mengakui kelab tersebut memerlukan tiga atau empat orang pemain dengan ciri-ciri hebat seperti dimiliki pemain tengah, Bruno Fernandes untuk kembali menjadikan The Red Devils sebagai ‘pasukan juara’.

Skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer itu masih belum tewas pada 15 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan disertai, dengan Fernandes mempamerkan corak permainan yang amat meyakinkan sebaik sahaja menyertai pasukan ketika jendela perpindahan Januari lalu.

Terbaharu, pemain kelahiran Portugal itu berjaya menjaringkan dua gol dalam membantu Manchester United menewaskan Brighton 3-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris 2019/20, awal pagi tadi.

”Pasukan pada ketika ini lebih disukai berbanding barisan yang ada di sini pada dua tahun lalu ketika anda menyangkakan sistem rekrut United sudah kehilangan arah.”

”Tetapi saya ingin berhati-hati. Manchester United berada di tangga kelima dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Mereka mempunyai skuad yang semakin baik dengan pemain muda,” ujar Neville menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Tetapi masih terdapat kerja yang perlu dilakukan di jendela perpindahan untuk menjadikan kelab ini sebagai pasukan juara. Di mana ia seharusnya menjadi cita-cita buat Manchester United.”

”Ada lebih banyak yang diperlukan. Tiga atau empat pemain berkualiti tinggi seperti dimiliki Bruno Fernandes untuk membawa mereka di tahap di mana boleh mencabar kejuaraan,” tambah Gary Neville lagi.

Manchester United pasca ‘pemerintahan’ Sir Alex Ferguson nyata semakin hilang belangnya selaku kuasa utama liga bola sepak paling popular di dunia itu apabila The Red Devils hanya mampu meraih tiga gelaran juara tanpa memenangi sebarang kejuaraan EPL.

Kali terakhir United muncul juara EPL adalah pada musim 2012/13 yang juga merupakan tahun terakhir Alex Ferguson membimbing pasukan tersebut sebelum beliau mengumumkan persaraannya.

Selepas mengharungi 32 perlawanan liga, Manchester United kini terikat 52 mata bersama Wolves tetapi mereka memiliki kelebihan defisit jaringan berbanding skuad kendalian Nuno Espirito Santo itu,

Kedua-dua pasukan tersebut hanya ketinggalan dua mata di belakang Chelsea yang kekurangan satu perlawanan.

Kredit featured image: Clive Brunskill/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Bruno Fernandes:

Leave a Reply