eMFL: Nidzam Jamil Letak Harapan Tinggi Buat Mirza Mohammad Nabil

Nidzam Jamil

Pengendali FELDA United, Nidzam Jamil meletakkan harapan tinggi kepada pemain profesional e-sukan, Mirza Mohammad Nabil Beg Mirza Mohammad Taiyab Beg yang akan mewakili kelab Liga CIMB Super itu dalam Kejohanan eMalaysian Football League (eMFL).

Nidzam sempat bertemu dengan Mirza atau lebih dikenali sebagai Bale semalam dan mengharapkan penyokong khususnya penyokong The Fighters untuk memberikan sokongan padu kepada wakil kelab itu yang akan memulakan saingan malam ini.

Jelas Nidzam, pada era ketika ini, dunia bola sepak semakin berkembang apabila peminat bukan sahaja dapat menyaksikan perlawanan atas padang sahaja, tetapi boleh menikmati saingan e-sukan seperti FIFA apatah lagi kejohanan yang menggunakan format liga tempatan ini cukup menarik untuk disaksikan selepas ini.

Apa yang pasti, beliau percaya Bale mampu memberikan yang terbaik dan turut bercadang untuk mengadakan perlawanan secara santai bersama pemain-pemainnya apatah lagi mereka juga turut sama menggemari sukan elektronik FIFA ini.

“Apa yang bagus mengenai bola sepak sekarang ini, kita ada e-sukan macam FIFA dan tidak seperti saya pada zaman muda-muda dahulu, saya tidaklah terlalu didedahkan dengan sukan elektronik ini.

“Saya percaya Bale dan pemain-pemain profesional e-sukan lain ada pengikut dan peminat mereka sendiri, jadi saya harap dia dapat lakukan yang terbaik.

“Mana tahu kalau dia menyerlah, mungkin lepas ini pemain-pemain saya pun boleh lawan dengan dia juga dalam alam maya sebab saya tidak berapa pandai nak main FIFA.”

“Tetapi, kalau saya berpeluang untuk main FIFA, saya teringin nak menentang jurulatih, B.Sathianathan, mana tahu saya boleh menang kan”, kata Nidzam Jamil dengan nada berseloroh.

Jelas Mirza, dia cukup teruja apabila kali pertama bertemu dengan Nidzam sekali gus menaikkan nama pasukan Felda United dalam arena sukan elektronik ini.

“Memang saya cukup gembira apabila dapat jumpa jurulatih muda dan berpengalaman seperti Nidzam kerana sebelum ini saya hanya selalu tengok beliau dalam kaca televisyen sahaja.

“Nidzam ada bagi kata-kata semangat kepada saya untuk beraksi dengan baik sepanjang kejohanan ini, dan semestinya saya tidak akan mengecewakan beliau.

“Apa apa pun, saya akan fokus untuk aksi pertama malam ini dan memang sangat mencabar kerana saya akan menentang Luqman Haziq terlebih dahulu di mana semua orang tahu dia merupakan pemain terbaik setakat ini”, jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN