Bayern Munich Ikat Pemain Muda Perancis, Tanguy Kouassi Dari PSG Secara Percuma

Bayern Munich Tanguy Kouassi

Pemain muda berbakat, Tanguy Kouassi telah sah menyertai juara Bundesliga, Bayern Munich secara percuma dengan kontrak selama empat tahun sehingga Jun 2024 selepas kontraknya bersama Paris Saint-Germain (PSG) tamat.

Produk akademi PSG berusia 18 tahun itu membuat penampilan pertama bersama skuad senior juara Ligue 1 itu pada DIsember 2019 dan telah beraksi 13 perlawanan dalam semua pertandingan serta menjaringkan tiga gol.

Beliau bagaimanapun menolak untuk menyambung kontrak bersama PSG yang tamat pada 30 Jun lalu dan mengikut jejak langkah beberapa pemain akademi pasukan itu yang berhijrah ke pasukan lain kerana kecewa dengan polisi pasukan.

“Saya sangat gembira berpeluang untuk bermain untuk FC Bayern. Ianya adalah sebuah kelab yang besar dan kaya dengan tradisi,” ujar Kouassi kepada laman web pasukan.

“Saya benar-benar berharap dapat membina karier saya di sini dan beraksi sebanyak yang mungkin. Untuk mencapainya, saya akan bekerja keras.”

Pengarah Sukan Bayern Munich, Hasan Salihamidzic dalam sesi pengenalan pemain kepada media menjelaskan pemilihan Kouassi adalah kerana bakat pemain muda tersebut yang serba boleh dan merupakan antara prospek terbai di Eropah.

Kemunculan Kouassi membuktikan skuad kebangsaan Perancis begitu kaya dengan pemain berbakat di posisi pertahanan seperti mana yang pernah dilaporkan oleh Semuanya Bola sebelum ini.

Kouassi akan menyertai beberapa pemain Perancis lain di Bayern Munich seperti Lucas Hernandez, Benjamin Pavard, Corentin Tolissa, Michael Cuisance dan Kingsley Coman.

Bayern juga semakin hampir untuk mendapatkan pemain sayap Manchester City, Leroy Sane dengan laporan dari media Jerman mengatakan kedua-dua pasukan semakin hampir untuk mencapai kata sepakat.

Kredit Foto: Bayern Munich

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Bayern Munich:

https://semuanyabola.com/analisis-transformasi-taktikal-bayern-munich-bawah-flick/

Leave a Reply