Berbatov: Tak Perlu Sancho, Kita Dah Ada Martial, Rashford & Greenwood

Jadon Sancho

Pemain sayap Borussia Dortmund, Jadon Sancho seperti diketahui menjadi sasaran utama Manchester United dalam usaha memantapkan jentera serangan kelab juara 13 kali Liga Perdana Inggeris itu bagi menghadapi musim hadapan.

Para penyokong The Red Devils juga pasti teruja sekiranya perpindahan pemain berusia 20 tahun tersebut berjaya direalisasikan oleh Ole Gunnar Solskjaer dan pengurusan tertinggi pasukan.

Namun, bagi bekas pemain Manchester United, Dimitar Berbatov, beliau melihat tiada keperluan buat kelab yang penuh dengan kisah kegemilangan terutamanya ketika dibimbing Sir Alex Ferguson itu untuk mendapatkan khidmat Sancho.

Berbatov melihat kualiti yang ada pada Mason Greenwood, Marcus Rashford dan Anthony Martial sudah cukup memadai bagi membawa cabaran United.

Gandingan ketiga-tiga pemain tersebut telah menghasilkan 38 jaringan dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini apabila Rashford dan Martial masing-masing mencipta 15 gol manakala Greenwood dengan lapan gol diledakkannya.

”Melihat apa yang telah dilakukan oleh pasukan pada ketika ini, saya merasakan tidak perlu untuk membawa masuk Sancho.”

”Lihat juga barisan tiga pemain jentera serangan, sangat menarik untuk melihat kepantasan Martial, Rashford dan Greenwood, kombinasi permainan mereka sangat hebat.”

”Bola sepak adalah sesuatu yang lucu, anda mempunyai pemain muda yang hebat pada Sancho tetapi dalam masa yang sama anda mempunyai pemain hebat dalam Greenwood,”

”United perlu dipersoalkan sekiranya mereka bersedia untuk berkorban dan menghentikan perkembangan bakat Greenwood, yang merupakan produk mereka sendiri untuk membawa masuk Sancho,” ujar Berbatov menurut laporan Goal.

”Mereka boleh memiliki kedua-duanya dan membuat penggiliran yang tidak hanya melibatkan mereka berdua, tetapi juga buat Martial dan Rashford.”

”Anda perlu untuk bertanya kepada pengurus dan pemain, sekiranya seseorang menandatangani kontrak bersama United dan mereka akan berharap untuk bermain pada setiap perlawanan, jika tidak mengapa mereka berhijrah kesana hanya untuk duduk di bangku simpanan.”

Meskipun begitu, dalam hati kecil Berbatov, beliau tetap gembira sekiranya pemain skuad kebangsaan England itu dapat ke Old Trafford menyarung jersi kelab tersebut.

”Dalam kes Sancho, dia merupakan bakat terbesar pada masa kini dan semua orang ingin melihat dia menyarung jersi pasukan masing-masing. Dia perlu benar-benar menghitung tentang apa yang dia mahukan.”

”Saya gembira untuk melihat dia berada di United kerana dia akan memberikan kekuatan tambahan buat pasukan, dan mereka akan memiliki empat penyerang hebat di hadapan berbekalkan kepantasan dimiliki.”

”Jika mereka berjaya menemui penyelesaian dan harga yang tepat buat Sancho, realisasikan kerana ketika anda memiliki ramai pemain hebat dalam pasukan, anda hanya akan memiliki masalah yang bagus,” tambah Berbatov lagi.

Kredit featured image: Dean Mouhtaropoulos/Bongarts/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Jadon Sancho:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN