Ralf Rangnick dikhabarkan telah mencapai persetujuan dengan Manchester United untuk menjadi pengurus interim kelab itu selepas pemecatan Ole Gunnar Solskjaer.
Dianggap sebagai seorang super-coach, Rangnick tiba dengan reputasi hebat dari negaranya Jerman. Jurulatih berusia 63 tahun itu dikatakan menjadi sumber inspirasi taktikal kepada jurulatih-jurulatih hebat lain di Premier League seperti Jurgen Klopp dan Thomas Tuchel, serta supremo Bayern Munich Julian Nagelsman.
Ini menjadikan pengaruhnya telah dirasai di dalam bola sepak moden apabila banyak pasukan membina gaya permainan masing-masing berasaskan falsafah bola sepak yang dipelopori oleh beliau.
Identiti Yang Hilang, Rangnick Mahu Woodward & Man Utd Belajar Dari Kisah Porche Dan Mercedes
Idea mendahului zaman
Rangnick memulakan karier kejurulatihan seawal usia 25 tahun pada 1983, selepas karier sebagai pemain berstatus semi-pro.
Tetapi teori Rangnick menentang trend bola sepak pada ketika itu – dengan skuad kebangsaan Jerman pada era itu terkenal dengan sistem 3-5-2 yang rigid dan berasaskan man-marking.
Sebenarnya Jerman Barat pada ketika itu berjaya dengan konsep bola sepak tersebut – menjuarai Piala Dunia 1990, selepas muncul naib juara empat tahun sebelum itu.
Ralf Rangnick has had a huge influence on modern football 🤝 pic.twitter.com/g3pp5STmkd
— B/R Football (@brfootball) November 25, 2021
Tetapi Rangnick mempunyai idea beliau tersendiri bagaimana bola sepak harus dimainkan. Pada 1997, Rangnick mencatatkan kejayaan pertama dengan ideanya bersama kelab bawahan, Ulm 1846 apabila muncul juara divisyen empat.
Setahun kemudian, beliau melakukan kemunculan di televisyen Jerman dengan suit gelap menjelaskan teori dan idea bola sepak yang beliau terapkan.
Idea dan teori bola sepak yang diperkenalkan Rangnick pada ketika itu seperti dipandang sipi, dengan kebanyakkan pasukan di Jerman lebih teruja dengan idea bola sepak Franz Beckenbauer yang gilakan peranan sweeper di dalam pasukan.
Media Jerman pula menggelar Rangnick sebagai ‘Profesor Jerman’ – gelaran yang kurang adil dan lebih kepada ejekan kerana perasaan skeptikal dengan ideanya.
“Reaksi daripada media dan pihak lain di dalam bola sepak [pada ketika itu] begitu luar biasa,” kata Rangnick kepada ESPN selepas bola sepak yang diperkenalkannya seperti mulai menjadi isu perdebatan.
“Sebabnya adalah kerana 30 tahun sebelum itu, Franz Beckenbauer telah menghasilkan satu benchmark untuk kebanyakkan pasukan di dalam negara dengan melahirkan posisi libero-sweeper untuk dirinya sendiri.
“Franz sendiri pernah berkata pada pertengahan 90an, bahawa anda tidak boleh bermain secara zone-marking dengan empat pertahanan di belakang kerana pemain Jerman tidak faham bagaimana untuk beraksi sedemikian.
“Saya bertanya kepada diri sendiri, kenapa harus pemain di Jerman menjadi kurang bijak berbanding pemain lain di Belgium, Sepanyol atau Belanda? Pada saya ia langsung tidak logik.
Kelahiran Gegenpressing
Bagaimana bola sepak seharusnya dimainkan menurut apa yang Rangnick percaya kemudiannya melahirkan ‘Gegenpressing’. Tidak ramai juga yang mengetahui Rangnick turut mengubahsuai corak permainan pressing yang diterapkan oleh pengurus ikonik Ukraine, Valeriy Lobanovskyi untuk menghasilkan gaya permainan sebegini.
Sesuai dengan peredaran zaman, ia adalah taktik yang Jurgen Klopp kemudiannya ikuti dan jadikan jenamanya sendiri, yang dipanggil ‘heavy-metal football’.
Maka tidak hairanlah mengapa pengurus Liverpool itu turut mengangkat Rangnick sebagai salah seorang jurulatih terbaik di Jerman.
Mengenai Gegenpressing, Rangnick menggambarkannya dengan mudah sekali.
Who is Ralf Rangnick?
🇩🇪 Former Stuttgart, Schalke and RB Leipzig manager who oversaw the latter's rise to the top of the Bundesliga
💡 Invented Gegenpressing, an attack-minded form of defending
🇷🇺 Current Head of Sports and Development at Lokomotiv Moscow#MUFC pic.twitter.com/kdhrsDJ9mG— bwin (@bwin) November 25, 2021
“Gegenpressing adalah cara permainan bola sepak yang amat proaktif, sama seperti bagaimana Borussia Dortmund dan Liverpool telah tampilkan,” jelas Rangnick.
“Kami gemar melakukan pressing di garis tinggi, dengan counter-pressure yang berterusan [intense]. Setiap kali kemi memiliki penguasaan bola, kami tidak gemar melakukan hantaran secara melintang, atau ke belakang.
“Penjaga gol juga tidak seharusnya menjadi pemain yang paling kerap mempunyai kontak dengan bola. Di kebanyakkan liga di mana-mana negara sekalipun, penjaga gol secara teknikal adalah pemain bola sepak yang paling sedikit. Kerana itulah, kami harus memastikan mereka memiliki kontak paling minima menggunakan kaki.
“Ia juga harus dimainkan secara pantas, proaktif, sentiasa bermain secara menyerang, pantas dengan serangan balas, counter-pressing, dan bola sepak yang menarik dan menghiburkan.”
Kejayaan lampau Rangnick
Dari 2001 sehingga 2004, Rangnick tampil sebagai jurulatih Hannover yang kemudiannya memenangi promosi ke Bundesliga.
Selepas terlepas jawatan pembantu pengurus bersama skuad kebangsaan di bawah kendalian Joachim Low, Rangnick kemudiannya menyertai Schalke.
Mendapat nama jolokan Meister der Herzen (juara di hati penyokong), Schalke muncul naib juara di belakang Bayern Munich di saingan Bundesliga. Pada 2005 juga, mereka tewas kepada lawan yang sama di perlawanan akhir Piala Jerman.
Sentiasa selesa dengan gelaran underdog, Rangnick kemudiannya menyertai Hoffenheim pada 2006, selepas sebelum itu dipecat Schalke kerana beberapa siri keputusan buruk.
https://twitter.com/AfiqShari/status/1464021355335061505
Di situlah Rangnick dianggap mencapai detik terbaiknya sebagai jurulatih – berjaya membawa sebuah pasukan dari divisyen ketiga terus ke Bundesliga selepas memenangi promosi secara berturut-turut.
Masih berpendapat beliau masih mempunyai urusan yang belum selesai di Schalke, Rangnick kemudian meninggalkan Hoffenheim (dalam keadaan baik) untuk kembali ke bekas kelabnya itu.
Rangnick kemudiannya memenangi Piala Jerman dan berjaya membawa Schalke ke separuh akhir Champions League (tewas 1-6 kepada Manchester United secara agregat) sebelum memilih untuk meletak jawatan pada 2011 dengan alasan keletihan.
Tumpu projek baharu
Kekalahan kepada Manchester United di separuh akhir Champions League pada 2011, menjadi perlawanan terakhir Rangnick bergelar jurulatih kelab.
Beliau kemudiannya terlibat dengan projek baharu – peranan sebagai pengarah sukan yang membina kumpulan Red Bull seperti Leipzig, Salzburg dan New York.
Di bawah kepimpinan Rangnick dan dana oleh jutawan Dietricj Mateschitz, Leipzig memenangi promosi, bermula dari divisyen keempat bola sepak Jerman terus ke Bundesliga hanya dalam tempoh enam tahun.
Ralf Rangnick, como director de desarrollo del Red Bull.
Mukiele €16M
Werner €14M
Nkunku: €13M
Haaland: €8M
Mané: €4M
Forsberg: €3.7M
Upamecano: €2.2M
Sabitzer: €2M
Keita: €1.5M
Poulsen: €1.5M
Szoboszlai: €500K
Kimmich: €500K
Konate: €0El próximo DT del United pic.twitter.com/QT4WAaa34A
— Express Futbol (@ExpressFutbolCL) November 25, 2021
Ia bukan perkara yang digemari oleh penyokong bola sepak di Jerman, apatah lagi kelab milik kumpulan Red Bull tidak termaktub di bawah peraturan pemilikan 50+1. Tetapi penyokong Leipzig tidak peduli akan semua itu.
Rangnick pernah juga bergelar jurulatih pasukan di antara 2015-16, dan kemudian pada 2018-19, namun lebih memilih peranan sebagai penasihat pasukan.
Dan apabila hasil kerjanya mencapai kejayaan, sekali lagi Rangnick berhijrah – selepas dikaitkan dengan AC Milan yang dikatakan mahu merombak operasi bola sepak di kelab tersebut.
Anehnya, Rangnick memilih untuk ke Rusia bersama Lokomotiv Moscow sebagai Pengurus Sukan dan Pembangunan dengan kontrak selama tiga musim.
Hari ini Lokomotiv Moscow berada di kedudukan keempat, lapan mata di belakang pendahulu Zenit. Ia jelas kehadirannya telah berjaya mendatangkan impak positif kepada majikan baharunya itu.
Mampukah Ralf Rangnick mengubah Manchester United?
Mampukah sentuhan Ralf Rangnick mengubah Manchester United? Di bawah kendalian Ole Gunnar Solksjaer, Manchester United sering kali dikritik oleh pengulas dan pakar bola sepak kerana tidak mempunyai identiti taktikal tersendiri.
Sebagai pengurus baharu, ia pasti menjadi perkara pertama yang akan diubah oleh Ralf Rangnick. Jadi bagaimana Manchester United akan tampil selepas ini?
Ralf Rangnick pic.twitter.com/OMC4vQdlS7
— Eric Laurie (@EricLaurie) November 25, 2021
Rangnick kebiasaannya selesa dengan sistem 4-2-2-2. Seperti apa yang dikatakan tadi, Manchester United selepas ini dijangka akan bermain bola sepak yang lebih agresif, dan cenderung melakukan counter-pressing secara berterusan.
Setiap gerakan akan mempunyai tujuan, dan setiap fasa permainan juga akan lebih terkawal. Namun ini tidak bermakna Manchester United akan mampu menghasilkan impak segera seperti yang diharapkan.
Ralf Rangnick on Manchester United back in 2019. pic.twitter.com/bKknOJiNzD
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) November 25, 2021
Sistem Rangnick masih memerlukan dua pemain No.6 yang baik. Seperti yang kita maklum, itu adalah posisi yang paling bermasalah di Manchester United ketika era Solskjaer.
Buat masa ini, Rangnick memiliki pemain seperti Scott McTominay, Fred, dan Nemanja Matic untuk beraksi di posisi tersebut. Ia juga mungkin menjadi peluang untuk Donny Van de Beek untuk menyerlah, selain Paul Pogba yang berkemampuan mengisi kekosongan di situ.
Tetapi dengan kontrak sehingga penghujung musim ini sahaja, mampukah Rangnick mengubah Manchester United?