Menjelaskan Posisi Pertahanan Dalam Bola Sepak

Pertahanan dalam bola sepak adalah pelbagai jenis. Ia adalah satu peranan yang umum dalam bola sepak dan di dalamnya terpecah kepada banyak cabang.

Dalam formasi bola sepak pertahanan adalah unit paling bawah dalam susunan pemain outfield.

Kali ini, kami ingin menerangka secara ringkas tentang posisi pertahanan dalam bola sepak. Sebelum melihat jenis-jenis posisi dalam pertahanan, kita fahami dahulu 2 karakter utama pertahanan.

i. Pertahanan Terhad (Limited Defender)

Ia dikaitkan dengan satu karakter pemain pertahanan yang lebih statik dan langsung (direct). Mereka tidak ada keupayaan memegang bola seperti ball playing defender.

Biasanya merelka lebih kompetitif untuk duel dan berfizikal lebih keras.

ii. Pertahanan Ball Playing

Ini adalah merujuk kepada posisi pertahanan yang ada karakter dan kemampuan untuk menguasai bola dengan baik. Mereka juga lebih baik dalam isu hantaran.

Berikut adalah jenis jenis posisi pertahanan dalam bola sepak.

1. Bek Tengah

Ia adalah posisi utama dalam sistem bek berempat mahupun bek bertiga serta berlima. Pemain bek tengah akan berada di tengah dan dipecahan kepada bek tengah kanan dan bek tengah kiri.

Untuk sistem bek bertiga, 2 pemain bek tengah biasanya di atas sweeper ataupun libero. Ada 2 tipikal bek tengah iaitu, ball winning dan ball playing.

Ball winning adalah di bawah cabang limited defender yang lebih direct dan agresif ketika bertahan. Mereka lebih berdisplin untuk kekal dalam garisan pertahanan (backline).

Ball playing pula merujuk kepada pertahanan yang ada kemampuan untuk menjana gerakan dan hantaran. Antara contoh terbaik adalah Cristian Chivu, Mats Hummels, Rio Ferdinand dan Daniel Agger.

ROME, ITALY - JANUARY 23: Cristian Chivu of Inter in action during the TIM cup match between AS Roma and FC Internazionale Milano at Stadio Olimpico on January 23, 2013 in Rome, Italy. (Photo by Giuseppe Bellini/Getty Images)
ROME, ITALY – JANUARY 23: Cristian Chivu of Inter in action during the TIM cup match between AS Roma and FC Internazionale Milano at Stadio Olimpico on January 23, 2013 in Rome, Italy. (Photo by Giuseppe Bellini/Getty Images)

Pep Guardiola lebih menngemari ball playing defender dan sangat jelas beliau sedang membangunkan pemain seperti Stones untuk menjadi pemain jenis ini.

Namun ramai jurulatih percaya, duo bek tengah yang baik adalah gandingan ball playing center back dan ball winning center back.

Jadi anda hanya perlu fikirkan gandingan Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic pada suatu ketika dahulu.

Manchester United central denfesive partnership Rio Ferdinand and Nemanja Vidic
Manchester United central denfesive partnership Rio Ferdinand and Nemanja Vidic

2. Sweeper

Sweeper adalah peranan merujuk kepada pemain bek yang diletakkan di garisan paling belakang. Mereka bukan dari cabang ball playing sebaliknya mereka adalah ball winning.

Mereka berbeza dengan sweeper kerana mereka adalah jenis pemain yang bertindak menyapu bola yang terlepas daripada lapisan pertahanan utama.

Sifat mereka lebih langsung (direct) iaitu untuk membuang dan mengeluarkan bola daripada kotak penalti dengan segera.

Dalam bola sepak moden, ada penjaga gol dijadikan Goalkeeper-sweeper sebagai tambahan secara kuantiti untuk posisi pertahanan. Tugas yang dilakukan oleh Neuer di Bayern Munich dan Jerman.

neu

3. Libero

Dari segi posisi pertahanan, mereka boleh dikira sama dengan sweeper, iaitu di belakang bek tengah. Namun dari segi kemampuan dengan bola, mereka sangat berbeza dengan sweeper.

Mereka dari cabang ball playing defender. Posisi ini kerap wujud dalam sistem bek bertiga. Ketika bertahan mereka memang seperti sweeper.

Namun, ketika proses serangan, mereka boleh menghantar bola dengan hantaran maut (killer passes) seperti seorang pemain tengah perancang atapun deep lying playmaker.

Maka wujudlah terma seperti playmaking-center back. Peranan ini sangat sinonim dengan Franz Beckenbauer. Pada hari ini anda boleh rujuk peranan David Luiz dalam sistem 3-4-3 Conte dan juga peranan Bonnuci di Juventus.

bonucci

4. Bek Sisi (fullback)

Dalam bahasa universalnya ia disebut fullback. Ia merujuk kepada posisi bek di bahagian sisi kiri dan kanan. Asal-usul nama fullback ini agak menarik.

Dalam sistem 2-3-5 yang lahir pada 1877, bola sepak menggunakan hanya 2 bek dan ia digelar fullback.

Apabila transisi kepada bola sepak lebih moden dengan bek berempat, 2 pemain dari tengah ditarik ke belakang menjadi bek tengah dan fullback ditolak ke tepi.

Jadi, berdasarkan sejarahnya, ia adalah posisi bek yang paling tua. Namun kini, ia berbeza dengan peranan fullback 2-3-5. Fullback kini lebih aktif dan biasanya lebih laju berbanding bek tengah.

Fizikal mereka juga lebih lincah dan lebih bagus dengan bola. Jamie Carragher pernah berseloroh dengan posisi fullback dengan berkata:

“Ia adalah posisi seorang pemain yang gagal menjadi pemain sayap dan juga gagal menjadi bek tengah.”

Daripada penerangan ini, ia jelas menunjukkan mereka akan membantu dalam bertahan dan juga menghantar bola kepada penyerang dan ia bukan tugas utama mereka.

Ada yang mengkelaskan bek sisi kepada 2:

i. bek sisi terhad (limited) – lebih statik
ii. bek sisi menyerang (offensive) – lebih ofensif

Antara offensive fullback yang terlintas di dalam kepala anda mungkin Roberto Carlos.

roberto-carlos

5. Bek Sayap

Ia mirip dengan bek sisi, namun posisinya lebih tinggi dan dirujuk sebagai pemain tengah dalam pernomboran formasi. Bek sayap sememangnya seorang ball playing.

moses

Mereka wujud untuk sistem yang menggunakan bek bertiga. Dalam kes seperti Daniel Alves ketika di Barcelona, sistem fluid Barca yang bertukar kepada 3-4-3 ketika menyerang membolehkan beliau sekali-sekala bermain wingback.

Namun secara majoriti beliau tetap dikira offensive fullback kerana sistem asas Barcelona yang menggunakan berempat. Dari segi attribute, Daniel Alves adalah seorang wingback.

Sukar untuk melabel mereka sebagai bek yang lebih ofensif kerana Inter Milan mengarahkan Javier Zanetti bermain pernanan ini disebabkan beliau yang sangat low pace.

zane

Jadi posisi ini akan membolehkan beliau kekal di sekitar garisan tengah (halfway line) untuk menghantar bola segera dengan jarak dengan zon 15 yang sangat dekat. Ia adalah crossing zone.

Dalam sistem Louis Van Gaal di Belanda pada Piala Dunia 2014 pula, bek sayap beliau sangat agresif dan bermobiliti tinggi.

Jadi, hujah untuk melabel bek sayap adalah lebih ofensif daripada bek sisi (fullback) sangat subjektif. Ia terpulang kepada taktikal jurulatih.

Bek sayap biasanya akan membantu bertahan dan mewujudkan rantaian berlima ataupun chain of 5.

Leave a Reply