Zainal Abidin Mula ‘Tamak’ Idam Lebih Lagi, Mampukah Melaka United Cipta Sejarah?

Zainal Abidin Melaka United Piala Malaysia 2021 sejarah

Sudah cipta sejarah mara sejauh peringkat separuh akhir, Zainal Abidin Hassan dilihat mula memasang impian membawa Melaka United mara ke pentas final buat kali pertama dalam sejarah pasukan selepas 100 edisi.

Kali terakhir KL City (dahulu Kuala Lumpur) mara ke separuh akhir adalah pada edisi 1992, sementara Melaka United (dahulu Melaka) mara pada edisi 1983. Namun, langkah kedua-dua pasukan tersekat di separuh akhir.

Untuk pentas final, KL City sudah pernah mara empat kali dengan kali terakhir melakukannya pada edisi 1989, malah menjuarainya, menewaskan Kedah dengan keputusan 2-1. Buat Melaka United, mereka mahu melakar sejarah dalam saingan Piala Malaysia kali ini selepas beraksi ‘suram’ dalam saingan Liga Super 2021.

Adakah Zainal Abidin sudah mulai tamak apabila meminta anak buahnya untuk memberikan segalanya agar mereka mencipta sejarah beraksi di pentas final buat julung kalinya? Sebenarnya beliau layak untuk tamak kerana berdasarkan aksi separuh akhir pertama, jelas yang skuad Hang Tuah tampil bermain sangat baik.

Dapat dilihat pasukan pelawat sentiasa bergerak dari koridor kiri menggunakan kekuatan larian dan fizikal Sony Norde. Mereka juga gemar untuk melepaskan rembatan jauh dari kawasan depan kotak penalti lawan, mungkin mengharapkan Kevin Mendoza akan terlepas bola untuk mereka menyambar bola kedua dan meledak gol.

Dengan keadaan padang licin dan hujan membasahi perlawanan, pengendali berusia 60 tahun itu dilihat jelas menggunakan kemampuan rembatan jauh Manuel Ott dan Adriano menguji kemampuan penjaga gol lawan.

Walaupun penguasaan seimbang daripada kedua-dua pasukan, KL City dilihat sedikit bergelut terutamanya di kawasan defensive third lawan. Berbanding Melaka United, KL City jarang berhasil mencipta percubaan ke gawang yang dikawal Khairul Fahmi walaupun dilihat cuba mencatur sesuatu menerusi Romel Morales.

Memetik kata-katanya di The Star, Zainal Abidin berkata, “Para pemain saya telah membuat yang terbaik mendapatkan semula penguasaan bola apabila mereka terlepas. Tetapi mereka jarang mencipta peluang.”

“Kami mesti lebih fokus di halaman sendiri. Kelebihan satu gol di tempat lawan yang dimiliki masih kecil.

“Ini pertandingan kalah mati. Apa sahaja boleh berlaku dan saya tidak mahu mereka mengambil mudah hanya disebabkan kami akan beraksi di gelanggang sendiri,” ungkap Zainal Abidin sambil berkata beliau mahu mereka mencipta kenangan yang mampu dikenang selamanya oleh pengurusan, para pemain dan juga penyokong.

“Kami mahu cipta sejarah,” ungkap Zainal Abidin lagi. “Saya mahu para pemain berikan segalanya nanti dan para penyokong diharapkan akan terus memberikan sokongan padu di belakang kami,” tambahnya lagi tentangnya.

KL City FC dan Melaka United terikat dengan keputusan 1-1 dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2021 di Stadium KLFA, Cheras. KL City juga meneruskan rentak 21 perlawanan tanpa tewas di laman sendiri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN