Editorial SB: Kepada Pengadil, Lakukanlah Tugas Dengan Amanah

Editorial SB

Nota editor: Siri Editorial SB kembali lagi dengan kami akan memberikan pendirian mengenai isu-isu semasa bola sepak tempatan setiap minggu. Ikuti siri ini dan lontarkan pendapat anda di ruangan komen.


Malam ini akan menjadi satu lagi episod menarik dalam siri bola sepak tempatan kita apabila separuh akhir kedua Piala Malaysia 2021 akan diadakan.

Walaupun status perlawanan ini sudah cukup untuk menggambarkan betapa gahnya aksi yang bakal diadakan, apa yang terjadi pada pertembungan pertama amat menarik perhatian semua.

Ianya bukannya kerana perang taktikal di padang atau jaringan cantik yang terhasil, sebaliknya isu berkaitan pengadil yang melakukan keputusan yang meragukan.

Isu kelemahan pengadil ini sudah lama dibincangkan di Liga Malaysia tetapi sehingga kini masih tidak nampak peningkatan.

Kami pun sebenarnya sudah jemu untuk berkatakan mengenai perkara ini. Pada kami, pengadil perlu menghayati erti profesionalisme yang sebenar ketika menjalankan tugas.

Kami sedar, untuk mengadili perlawanan sebesar separuh akhir Piala Malaysia adalah sukar. Jadi, lakukanlah persediaan yang sepatutnya.

Lakukanlah tugas dengan sebaiknya, profesion sebagai pengadil ini sukar untuk dilakukan kerana sering menjadi sasaran ramai pihak.

Kalau tidak pemain, pengadil akan jadi sasaran penyokong di tempat duduk. Jadikan insiden pengadil Suresh Jayaraman diserang pada perlawanan akhir Selangor Champions League (SCL) pada 2018 sebagai iktibar.

Kisah Pengadil Piala Malaysia Kena Hambat Selepas Gagal Kawal Perlawanan

Profesion pengadil ini sama seperti pekerjaan lain yang perlukan sikap amanah dalam menjalankan tugas. Diharapkan pengadil akan terus amanah dan adil dalam memastikan perlawanan diadili dengan baik.

Semoga berjaya buat semua pasukan dan pengadil untuk malam ini, semoga perlawanan dilangsungkan dengan baik tanpa kontroversi.

“Takutilah sikit dengan Allah, Dia tahu apa yang kita buat,” ingatlah pesan Sanjar Shakhmedov sebelum ini kepada pengadil yang pernah tular satu ketika dahulu.

Leave a Reply