Rakan Sepasukan Akui Bruno Fernandes Bakal Jadi Legenda Manchester United

Bruno Fernandes

Kehadiran Bruno Fernandes ke dalam skuad Manchester United pada jendela perpindahan Januari lalu boleh diibaratkan sebagai memberikan ‘nyawa’ buat pasukan yang dibimbing oleh Ole Gunnar Solskjaer itu.

Sejak kehadiran pemain tengah kelahiran Portugal itu, corak permainan The Red Devils dilihat semakin bertenaga dan keputusan yang dicatatkan juga begitu meyakinkan terutamanya sewaktu menumpaskan seteru setempat, Manchester City 2-0 di Old Trafford.

Ia turut dapat dibuktikan selepas Fernandes telah dipilih sebagai pemain terbaik bulan Februari buat Manchester United dan juga Liga Perdana Inggeris.

Sehubungan dengan aksi menarik ditampilkan, rakan sepasukannya, Diogo Dalot merasakan Fernandes mampu untuk diangkat sebagai legenda bagi kelab tersebut.

”Dia [Bruno Fernandes] merupakan orang yang ternama, seorang pemain ternama. Dia akan menjadi legenda [di Manchester United].”

”Dia sukar dipercaya, dia juga boleh menjadi lebih baik. Dia akan banyak belajar di kelab ini,” ujar Diogo Dalot.

‘”Saya merasakan dia adalah pemain yang besar dan dia akan menjadi pemain yang sangat baik untuk pasukan ini. Dia akan menjadi legenda, tiada keraguan mengenai perkara tersebut.”

”Dia merupakan ketua pasukan ketika di Sporting, sudah tentu dia merupakan seorang pemain yang sangat berpengalaman pada usia 25 tahun. Dia beraksi di Itali, bermain juga di Portugal. Dia tahu apa yang dilakukannya. Ia akan menjadi sangat baik buatnya,” ujar Dalot lagi.

Sejak bersama Manchester United, Bruno Fernandes telah berjaya menjaringkan tiga gol dan mencipta empat bantuan jaringan serta telah mula memikat hati Solskjaer bagi menjadikannya sebagai sandaran di jentera tengah.

Kredit foto: Matthew Peters/Manchester United via Getty Images

Leave a Reply

Bacaan Yang Disyorkan Untuk Anda