RASMI: Bruno Fernandes Pemain Man United

Manchester United akhirnya mengesahkan perpindahan Bruno Fernandes secara rasmi.

Dalam kenyataan media rasmi mereka sebentar tadi, menyatakan, kedua dua kelab telah mencapai kesepakatan untuk Bruno Fernandez.

Dan kini pemain itu sedang menjalani medikal dan perbincangan untuk terma peribadi.

“Manchester United dengan sukacitanya mengumumkan bahawa kelab telah mencapai kesepakatan dengan Sporting Clube de Portugal untuk perpindahan Bruno Fernandes.”

“Perjanjian kini tertakluk kepada medikal dan juga persetujuan dalam terma peribadi.”

“Pengumuman selanjutnya akan dibuat selepas ini.”

Saga perpindahan Bruno Fernandes menjadi antara saga perpindahan yang sangat rumit. Beliau menjadi sasaran utama Man United sejak perpindahan musim panas yang lalu.

Dan kini Manchester United akhirnya mencapai persetujuan dengan Sporting Lisbon selepas memperbaiki tawaran mereka dan bonus yang lebih realistik.

Man United kini dilaporkan menawarkan £47 juta sebagai bayaran asas – dengan klausa bonus ditambah dengan £8.5 juta sebagai bonus penampilan.

Selain itu £4.23 juta lagi adalah bonus untuk kejayaan membantu Man United layak ke UCL.

Leave a Reply