Highlight EPL: Liverpool Semakin Hampiri Kejuaraan

Liverpool bertandang ke Stadium Olimpik London untuk berhadapan dengan West Ham dalam aksi EPL pertengahan minggu.

Skuad Jurgen Klopp mahu melebarkan jurang mata kepada 19 mata daripada Manchester City.

Dalam aksi yang berlangsung di London itu, skuad David Moyes menggunakan pendekatan yang sangat defensif mengekang asakan Liverpool.

Liverpool menguasai sebahagian besar perlawanan.

Pada minit ke-23, peluang terbaik untuk pasukan Liverpool hadir. Ini apabila Mohamed Salah melorongkan bola kepada Andy Robertson. Sayang sekali percubaan pemain itu tak masuk walaupun sudah menewaskan Lukasz Fabianski.

Selepas beberapa kali cuba mengasak ke kubu West Ham United, Liverpool akhirnya berjaya memperoleh kau yang pertama.

Ianya adalah daripada sepakan penalti Mohamed Salah. Penalti itu diberikan selepas Diop menjatuhkan Divock Origi.

Separuh masa pertama berakhir, menyaksikan pasukan pelawat mendahului pasukan lawan dengan kelebihan satu gol.

Bersambung babak kedua, Liverpool terus mencipta peluang keemasan untuk menambah satu lagi gol. Namun percubaan jarak dekat dengan Roberto Firmino ditampan keluar oleh Lukasz Fabianski.

Kubu West Ham United bocor sekali lagi pada minit ke-52. Kali ini giliran bekas pemain Arsenal membocori gawang mereka.

Alex Oxlade-Chamberlain menerima hantaran cantik daripada Mohamed Salah.

Alex Oxlade-Chamberlain menewaskan pertahanan lawan dengan larian serta duel fizikalnya – yang kemudiannya mewujudkan keadaan satu lawan satu – lalu beliau menyempurnakan peluang gol.

https://twitter.com/D9INE_PREMIUM_1/status/1222624946393772032?s=19

Liverpool 2-0 di hadapan, dan mencerahkan lagi peluang mereka untuk memenangi perlawanan.

West Ham turut memiliki peluang gol terbaik mereka. Namun Alisson Becker dengan cekap menepis bola. Penjaga gol kebangsaan Brazil berada dalam prestasi terbaik.

Ketika perlawanan masuk ke minit ke-67, Divock Origi melakukan rembatan deras. Fabianski sekali lagi menafikan bola daripada masuk.

Berpunca daripada satu gerakan deras oleh Declan Rice, Ianya membuatkan keadaan agak panik di dalam kotak penalti Liverpool.

Trent Alexander-Arnold hampir sahaja menjaringkan gol ke gawang sendiri. Mujurlah bola singgah di tiang gol.

Pada minit ke-77 kemudian, Liverpool melakukan serangan pantas dari sebelah kiri. Mohamed Salah menerima bola dalam kotak penalti dan melakukan rembatan deras.

Sayang sekali percubaan itu terkena tiang.

Pada minit ke-84, Declan Rice melakukan tandukan deras. Tetapi, sekali lagi, Alisson cemerlang di gawang gol menafikan percubaan itu.

Pengadil meniup wisel penamat dan Liverpool berjaya memenangi aksi dengan skor 2 gol tanpa balas.

Kemenangan Liverpool ini meletakan The Reds kini 19 mata di atas Manchester City dalam carta liga.

Menjadikan impian kejuaraan Liga Liverpool musim ini semakin menjadi kenyataan selepas gagal menjuarainya pada musim lalu walaupun mengutip 97 mata.

Mohamed Salah pula sudah menjaringkan 66 gol dalam liga untuk Liverpool.

West Ham terus diancam penyingkiran. Hanya perbezaan jaringan yang memisahkan mereka daripada zon penyingkiran.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN