Bruno Fernandes Menang Anugerah Pemain Terbaik Premier League Bulan Februari

Bruno Fernandes

Seperti sudah dijangka, Bruno Fernandes telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Bulanan PFA untuk bulan Februari.

Ianya satu penghargaan yang hebat buat pemain yang baru sahaja tiba dan beraksi di England selama sebulan.

Sejak menyertai Man United pada jendela perpindahan Januari lalu, pemain  tengah, Bruno Fernandes telah menunjukkan kemampuannya di atas padang. Beliau cepat menyerasikan diri dengan corak permainan Manchester United.

Bruno Fernandes memberikan perbezaan yang ketara pada kualiti di bahagian tengah pasukan Manchester United.

Beliau memang selayaknya mendapat anugerah tersebut. Bruno Fernandes menjadi pemain yang sangat berpengaruh di atas padang sepanjang bulan Februari yang lalu.

Bekas pemain, Roy Keane ketika bercakap kepada Sky Sports berkata kehadiran Bruno Fernandes seolah-olah pemain itu sudah bermain selama 20 tahun bersama Man United.

Bruno Fernandes turut meraih empat anugerah Pemain Terbaik Perlawanan ataupun Man Of The Match (MOTM) sepanjang tempoh itu.

Bruno Fernandes telah menewaskan calon-calon lain iaitu, Pierre-Emerick Aubameyang (Arsenal), Dominic Calvert Lewin (Everton), Matt Doherty (Wolves) dan Marcos Alonso (Chelsea).

Sepanjang bulan Februari, Bruno Fernandes telah beraksi selama 229 minit permainan bersama dengan Red Devils.

Pemain antarabangsa Portugal ini cemerlang dengan mencipta 7 peluang gol kepada rakan sepaskukannya.

Selain daripada itu Bruno Fernandes turut menjaringkan dua dan satu assist untuk United pada Februari.


Beliau telah membantu United menemui sentuhan dan rentak kemenangan dan Man United tidak kalah sepanjang bulan Februari yang lalu.

Selain  daripada anugerah daripada PFA ini, Bruno Fernandes turut dianugerahkan anugerah Pemain Terbaik Bulanan Manchester United, juga bagi bulan Februari.

Leave a Reply