Pogba: Untuk Terus Kekal Di Atas, Manchester United Perlu ‘Angkuh’

Paul Pogba Manchester United

Selepas diangkat sebagai wira ketika Manchester United menewaskan Fulham 2-1, Paul Pogba memberi peringatan kepada rakan sepasukannya agar menunjukkan ‘keangkuhan’ mereka supaya dapat terus kekal di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL).

United yang terlebih dahulu ketinggalan hasil dari gol awal Ademola Lookman berjaya menyamakan kedudukan menerusi penyerang veteren Edinson Cavani.

Namun rembatan dari luar kotak penalti oleh pemain tengah Perancis tersebut membolehkan United meraih tiga mata penting untuk kembali memintas Leicester City.

“Belum cukup lagi, kami masih jauh lagi dengan trofi. Kami melalui jalan yang sukar untuk berada di sini, tetapi lebih sukar untuk terus kekal [di tangga pertama liga] ujar Pogba yang ditemubual selepas perlawanan.

“Jadi angkuhlah dengan cara ‘ya kami bangga berada di sana dan kami mahu kekal di sana’, tapi banyak lagi yang kami perlu lakukan, jadi kami perlu terus berusaha selepas ini.

“Apa pun kami gembira dengan apa yang berlaku sekarang, tetapi kami mahu teruskannya. Kami mahu lagi dan lagi. Jika kami terlalu selesa dan leka, itulah saatnya kami akan jatuh semula.”

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer pula mengatakan beliau tidak terkejut dengan prestasi Pogba sejak kebelakangan ini kerana beliau tidak pernah ragu dengan kualiti dan kemampuan sebenar pemain berusia 27 tahun tersebut.

Baginya dengan terus mengekalkan tahap disiplin yang baik di atas padang, sampai masanya Pogba akan kembali menemui sentuhan terbaiknya seperti yang pernah dicapai satu masa dahulu.

“Saya gembira dengan prestasi Paul, atau perkataan yang lebih tepat saya amat kagum dengannya, saya tahu apa yang sebenarnya dia boleh lakukan,” ujar pengurus warga Norway tersebut.

“Apa yang penting pastikan Paul dalam keadaan cergas dalams etiap perlawanan. Dia bermain dia bahagian tengah, membuat larian-larian yang baik ke dalam kotak, memberi cabaran kepada pemain lawan, tetapi dia masih mengekalkan disiplinnya.

“Dia telah lakukan segalanya, kami tahun Paul boleh berikan kami lebih dari pada ini. Saua lihat dia kini sangat menikmati permainannya, dia gembira dari segi mental dan fizikal.

“Kami tak pernah meragui bakatnya dan hari ini kami mendapat hasil terbaik darinya.”

Dengan kembalinnya tahap permainan terbaik Pogba, pastinya kritikan-kritikan ke atasnya dapat dihentikan dan ianya merupakan ‘tonik’ terbaik untuk United menambah baik kreativiti di bahagian tengah pasukan yang turut dibarisi oleh Bruno Fernandes dan Donny van de Beek.

Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Paul Pogba dan Manchester United:

Ferdinand: Biarkan Pogba Pergi, Man Utd Perlu Dapatkan Jack Grealish

Rene Meulensteen: Paul Pogba Tak Memenuhi Tahap Yang Diharapkan Man Utd

https://semuanyabola.com/10-momen-terbaik-yang-menjadikan-wayne-rooney-legenda-manchester-united/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN